Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Dua orang maut apabila sebuah kapal layar Mexico berlanggar dengan Jambatan Brooklyn di New York.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Lagi laporan sekitar pemilihan PKR 2025 akan saya bawakan dalam segmen Sinar Awani selepas jam 8 malam ini tetapi sebelum itu kita ke laporan ini terlebih dahulu.
00:12Dua orang maut apabila sebuah kapal layar Meksiko berlanggar dengan jambatan Brooklyn di New York.
00:17Menurut polis, kerosakan teknikal mungkin menjadi punca perlanggaran itu.
00:21Sementara itu, kapal berkenaan telah ditunda keluar dari lokasi kejadian.
00:25Presiden Meksiko Claudia Shinbom menyampaikan ucapan takziah atas tragedi itu.
00:31Menurut Shinbom, wakil tentera laut Meksiko dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan memberikan sokongan kepada mangsa yang cedera.
00:39Kapal layar milik armada Meksiko yang membawa lebih 200 orang melanggar jambatan Brooklyn di New York pada waktu malam.
00:45Menurut Datuk Bandar New York, Eric Adams, sekurang-kurangnya 19 daripada 277 kru cedera dalam kejadian itu dengan 4 daripadanya cedera parah.
00:55Pihak berkuasa Bandar Raya memaklumkan bahawa jambatan itu tidak mengalami kerosakan dalam perlanggaran berkenaan.

Recommended