Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Melaka menyasarkan seramai 300,000 rakyat Indonesia mendapatkan khidmat pemeriksaan dan rawatan kesihatan di empat hospital swasta di Melaka tahun ini.

Perkata itu dinyatakan Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Negeri, Datuk Ngwe Hee Sem ketika ditemui pemberita pada Majlis Perasmian Pembukaan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang, Melaka pada Ahad.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kira-kira 300,000 rakyat Indonesia disasar mendapatkan khidmat pemeriksaan dan rawatan kesihatan di empat hospital swasta di Melaka pada tahun ini,
00:09sekaligus merancakkan sektor pelancongan perubatan negeri itu.
00:13Exko Kesihatan Sumber Manusia dan Perpaduan Negeri Dato' Nguya Hisam berkata,
00:18tahun lalu daripada keseluruhan 800,000 rakyat Indonesia yang direkodkan mendapatkan rawatan perubatan dan pemeriksaan kesihatan di Malaysia,
00:27lebih 25% adalah di Melaka.
00:30Justru katanya pelbagai usaha mempromosikan perkhidmatan ditawarkan di empat hospital swasta Melaka, giat dilaksanakan.
00:40Ini bagi menarik kedatangan pelancong perubatan dari Indonesia khususnya Pekan Baru.
00:45Ujarnya hal ini terjadi disebabkan harga perkhidmatan kesihatan ditawarkan lebih rendah berbanding di Republik itu.
00:52Antara lain kedudukan Melaka yang terletak berhampiran Sumatera.
00:55Jelasnya kebanyakan pesakit adalah dari Bengkalis dan Dumai yang tiba menerusi laluan air menggunakan perkhidmatan feri.
01:03Tambahnya selain Indonesia,
01:05Vietnam juga dilihat sebagai prospek baru yang akan diberi tumpuan dari aspek promosi bagi menarik pelancong perubatan ke Melaka.

Recommended