Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Bersama Provost di Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai mengulas prestasi pasaran buruh Malaysia bagi suku pertama 2025 menjelang pengumuman Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada Jumaat.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Baik, keluaran dalam negara kasar KDNK suku pertama 2025 Malaysia akan diumumkan insyaAllah pada Jumat ini.
00:06So, kita mengharapkan pada angka yang terbaik untuk ekonomi Malaysia.
00:11Dan saya akan bawakan dulu bagaimana untuk kita meliti daripada analisis KDNK ini untuk kita meliti hasil negara daripada perspektif peluang pekerjaan.
00:20Bagaimanakah kadar pengangguran, kadar penyertaan tenaga buruh dalam pasang buruh ketika ini?
00:24Dan saya akan kongsikan antara data terkini yang telah dikongsikan oleh dosa mengenai tenaga buruh Malaysia setakat Mac 2025.
00:32Seperti yang anda dapat saksikan, kita mulakan dengan kadar pengangguran dahulu.
00:36Pada Mac 2025 telah mencatatkan 5,296,000 bilangan penganggur.
00:44Dan kalau kita lihat antara ini adalah prestasi dalam masa setahun.
00:48Pada Mac setahun lepas, ia telah mencatatkan pada 556,6000.
00:53Kalau kita lihat berbanding bulan dan bulan, sedikit rendah sikit berbanding Februari adalah
00:58kalau kita lihat pada Mac dan bulan sebelum Mac iaitu Februari 2025, ia menandakan pada paras 532,8000.
01:08Sedikit penurunan pada bulan Mac, seperti mana yang kita saksikan sebanyak 0.6% penurunan.
01:14Manakala kadar pengangguran iaitu mencatatkan 3.61% iaitu kekal seperti bulan sebelumnya, iaitu pada Februari 2025.
01:23Tapi kalau kita nak bandingkan pada Mac setahun ini dengan Mac setahun lepas, ia berada pada 3.3%.
01:30Dan ini adalah sebesikit untuk kita saksikan bagaimanakah kadar pengangguran prestasi bulanan antara bulan terkini pada Mac 2025.
01:40Pengangguran mengikut kategori penganggur aktif dengan penganggur tidak aktif pada bulan Mac telah mencatatkan sebanyak 420.7,000 penganggur aktif.
01:49Ini adalah direkodkan sedikit penurunan berbanding daripada Februari bulan sebelumnya iaitu pada 422,000.
01:56Kalau kita lihat ini adalah penurunan tahunan ataupun bulanan sebanyak 0.5% dan juga 5%.
02:02Manakala penganggur tidak aktif juga mengalami penurunan daripada Februari 2025 sebanyak 110,000 telah menurun kepada 189,000 pada Mac 2025 untuk penganggur tidak aktif.
02:15Dan kalau kita lihat kedua-dua kategori penganggur ini telah menurun pada bulan Mac 2025.
02:21Seterusnya prestasi tenaga buruh, kadar penyertaan tenaga buruh.
02:25Tenaga buruh setakat Mac ada 17.31 juta dan kadar penyertaan tenaga buruh setakat ini adalah 70.7%.
02:33Dan kalau kita bahagikan kadar penyertaan tenaga buruh antara lelaki dan wanita, lelaki mencatatkan 83.3% dan wanita lebih separuh penyertaannya dalam pasaran buruh dengan merekodkan 56.4%.
02:46Seperti yang kita dapat lihat, lelaki masih mempunyai komponen paling besar dalam pasaran buruh setakat ini.
02:55Dan kalau kita boleh kongsikan bagaimanakah penduduk bekerja setakat Mac ini, bilangan penduduk bekerja adalah 16.78 dan kalau kita nak bandingkan dengan bulan sebelumnya,
03:05ini adalah peningkatan di mana kalau Februari 2025 adalah 16.73 juta yang telah meningkat kepada 16.78 juta bilangan penduduk bekerja setakat Mac 2025.
03:17Kalau kita nak bandingkan dalam tepo setahun, Mac 2024 tahun lepas, mencatatkan lebih rendah sedikit berbanding Mac tahun ini adalah 16.30 juta.
03:26Manakala nisbah guna tenaga kepada penduduk adalah 68.6% dan kalau kita nak bandingkan, ini adalah sedikit sahaja peningkatan berbanding bulan sebelumnya,
03:36itu Februari pada 68.5% dan pada Mac tahun lepas, kalau kita nak bandingkan dengan tahun ini, lebih kurang sama dengan Mac tahun ini adalah
03:44tapi namun ia lebih rendah sedikit pada Mac tahun lepas dengan mencatatkan sebanyak 68.2%.
03:51Dan mari kita saksikan penduduk bekerja mengikut taraf pekerjaan yang terbagi kepada pekerja, pekerja sendiri, majikan dan juga pekerja keluarga tanpa gaji.
03:59Dan antara komponen yang paling tinggi mengikut taraf pekerjaan adalah daripada kumpulan pekerja yang telah mengisi pasaran buruh sebanyak 75.2%.
04:10Manakala komponen kedua yang tertinggi adalah yang bekerja sendiri sebanyak 18.8% dan majikan diikuti majikan 3.3% dan antara kumpulan atau komponen paling kecil adalah 2.8% adalah pekerja keluarga tanpa gaji.
04:25Dan ini adalah sebaik sedikit kalau kita lihat penduduk bekerja yang mengikut taraf pekerjaan, pekerja sehingga sekarang kekal antara komposisi ataupun komponen paling besar dalam pasaran pekerjaan ketika ini.
04:36Selain itu, kita lihat luar tenaga buruh yang tidak bekerja setakat ini.
04:40Pada Februari 2025 telah mencatatkan 7.15 juta namun pada Mac tahun ini telah meningkat sedikit kepada 0.1% kepada jumlah 7.16 juta.
04:51Dan mengapa kita lihat yang tidak bekerja ataupun faktor-faktor mereka menjadi kumpulan dalam luar tenaga buruh adalah disebabkan mempunyai kerja rumah, tanggungjawab keluarga dan kita lihat kebanyakannya adalah wanita, ibu yang sudah berkahwin.
05:06Kawin dan mempunyai anak yang menjaga keluarga dengan mencatatkan sebenarnya 43.7% dan yang kedua adalah disebabkan mereka bersekolah dan juga latihan 41.7% dan ini adalah dua faktor utama yang menjadikan kumpulan ini adalah luar tenaga buruh setakat Mac 2025.
05:24Dan kita dapat saksikan sedikit peningkatan pada Mac 2025.
05:29Okey, kita dah dapat prestasi bulanan Mac tapi kita dah lihat secara keseluruhannya.
05:34Januari, Februari, Mac, suku pertama 2025.
05:36Bagaimanakah prestasi tenaga buruh setakat ini kalau boleh kita saksikan pada suku pertama telah merekodkan pengangguran telah menurun sebanyak 2.3% kepada 526.3 ribu penganggur.
05:50Dan kadar pengangguran turun sebanyak 0.1% kepada 3.1% yang telah direkodkan pada suku pertama 2025.
05:57Dan data seri masa daripada suku ke suku dari tahun 2024 sehinggalah tahun 2025, kita lihat penganggur dan kadar pengangguran terus mengalami tren penurunan yang berterusan.
06:11Kalau kita bandingkan daripada suku pertama tahun lepas iaitu sebanyak 553.8 ribu penganggur iaitu kadar pengangguran sebanyak 3.3%.
06:20Tapi kalau kita pergi kepada tahun, pada setahun yang akan datang, suku pertama 2025, ia telah mencatatkan lebih rendah penurunan kadar pengangguran kepada 526.3 ribu penganggur dan juga 3.1%.
06:35Antara paras yang terendah yang dapat kita saksikan pada suku pertama 2025.
06:41Selepas ini, tenaga buruh, bagaimanakah, berapakah jumlah pekerja di pasaran buruh Malaysia ketika ini?
06:48Iaitu telah merekodkan sebanyak 17.23 juta, peningkatan sebanyak 0.8%.
06:54Dan kadar penyertaan tenaga buruh atau kata pendeknya KPTB juga telah meningkat 0.1% kepada 70.7% pada suku pertama 2025.
07:04Dan trend ataupun pergerakan tenaga buruh, suku ke suku daripada tahun lepas, kita lihat suku pertama 2024,
07:12merekodkan jumlah tenaga buruh 16.77 dengan kadar penyertaan 70.5%.
07:18Dan kita lihat prestasi ini suku ke suku daripada suku pertama sehingga suku kedua sehinggalah suku empat, suku akhir 2024 terus mencatatkan peningkatan dalam kadar penyertaan tenaga buruh.
07:30Dan suku pertama juga telah mencatatkan antara peningkatan yang paling tinggi setakat ini pada tahun 2025 dengan jumlah 17.23 dengan merekodkan kadar penyertaan 70.7%.
07:44Manakala penduduk bekerja telah direkodkan telah meningkat 0.9% kepada 16.70 juta orang dan ini adalah prestasi yang dapat kita saksikan peningkatan daripada suku akhir tahun lepas iaitu 16.56 juta.
07:59Dan penduduk bekerja mengikut taraf pekerjaan untuk suku pertama, kita lihat pekerja kekal nombor 1 dengan merekodkan 76.3% diikuti juga dengan pekerja sendiri 17.4%,
08:12majikan dan juga antara komponen kecil pekerja keluarga tanpa gaji.
08:16Dan ini adalah penduduk bekerja mengikut taraf pekerjaan pada suku pertama 2025.
08:21Tambahan lagi, penduduk bekerja yang mengikut jantina antara lelaki dan perempuan, lelaki kekal lebih tinggi daripada wanita.
08:27Kalau kita lihat, berbanding suku pertama tahun ini telah merekodkan 10.55 juta lelaki yang berada dalam pasaran buruh, pasaran kerja dan perempuan 6.15 juta.
08:39Peningkatan dalam kalangan wanita telah menyertai pasaran kerja di Malaysia setakat ini.
08:45Dan kalau kita nak bandingkan bagaimanakah prestasinya daripada tahun lepas, suku pertama 2024,
08:51sudah tentu jelas menunjukkan peningkatan di mana lelaki hanya mencatatkan 10.17 juta dan perempuan 6.04 juta.
08:58Dan kita lihat, kedua-dua jantina, lelaki dan perempuan, terus meningkat dalam pasaran buruh sehinggalah mencapai tahap terkini pada suku pertama 2025.
09:08Tambahan lagi, luar tenaga buruh pada suku pertama telah mencatatkan peningkatan 0.2% daripada 7.11 juta kepada 7.13 juta.
09:17Dan bilangan luar tenaga buruh bertambah kalau kita lihat sebanyak 0.2% pada suku pertama tahun ini.
09:23Dan kalau kita lihat daripada suku ke suku prestasi dari tahun 2021, iaitu pasca pandemik COVID-19,
09:30kadar pengangguran terus mengalami penurunan seperti anda nampak jelas dari paragraf ini semakin kecil,
09:36menunjukkan kadar pengangguran di Malaysia semakin menurun di mana kalau kita saksikan pasca pandemik di waktu tahun pemulihan,
09:45suku pertama 2021.
09:47Pada ketika ini, pengangguran adalah 721.8 juta dengan kadar 48%.
09:52Dan daripada kadar ini, kita dapat saksikan di mana graf ini semakin mengecil,
09:56ia menyifatkan pasaran kerja Malaysia semakin memulih, semakin ramai kembali aktif ke pasaran kerja.
10:02Sehingga kita mencapai tahap terkini pada suku pertama 2025 pada 526.3,000 penganggur setakat ini
10:09dengan kadar 3.1% yang telah direkodkan pada suku pertama 2025.
10:15Sudah tentu, bagaimanakah prestasi KDNK suku pertama 2024 di Esrawan ini akan terus membawakan anda perkembangan
10:22dari semasa ke semasa bersama analisis untuk mendapatkan lebih mendalam.
10:27Bagaimana untuk kita memahamikan apakah antara faktor menyumbang kepada hasil ekonomi
10:30dan apakah antara cabaran yang perlu Malaysia atasi dengan segera.
10:34Terima kasih.
10:36Terima kasih.

Recommended