Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Jenazah anggota pasukan simpanan Persekutuan FRU, Constable Akmal Wafi Anwar, 27 tahun, yang maut bersama 9 anggota lain dalam kemalangan semalam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Tunku Abdul Rahman Putra dekat Kulim sekitar pukul 10.45 pagi tadi.
00:22Presiden Rusia Vladimir Putin dijadualkan mengadakan perbincangan rasmi dengan Perdana Menteri Malaysia Dato' Sri Anwar Ibrahim pada rabu.
00:31Menurut kenyataan daripada perkhidmatan Akbar Kremlin, kedua-dua pemimpin akan membincangkan bidang utama kerjasama dua hala termasuk politik, perdagangan dan ekonomi.
00:42Perdana Menteri Dato' Sri Anwar Ibrahim memberi jaminan proses pengundian untuk rakyat Malaysia di luar negara akan dipermudah.
00:48Malah beliau mahu setiap pengundi yang layak dapat melaksanakan hak masing-masing tanpa kekangan.
00:53Ikuti deputan berita dan analisis menyeluruh setiap hari di saldoran 501 dan astroawan.com