Dr Wan Nor Fitri dari UPM tegaskan cabaran etika dalam pengklonan Harimau Malaya semakin kabur apabila spesies itu berdepan kepupusan. Beliau gesa pendekatan saintifik dimulakan segera, termasuk simpanan sel stem, sebelum terlambat
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Teknologi pengklonan Harimau Malaya berdepan cabaran besar dari sudut moral dan etika, namun persoalan yang lebih besar yang perlu dijawab, adakah kita sanggup membiarkan spesies itu pupus?
00:12Menurut persyarahkanan Fakulti Perubatan Veteriner, Universiti Putra Malaysia, UPM, Dr. Wan Nurfitri Wan Jaafar berkata, usaha untuk menyelamatkan Harimau Malaya melalui teknologi seperti sel stem dan klon tidak seharusnya ditolak bulat-bulat atas alasan etika semata-mata.
00:30Beliau turut menyentuh pengalaman negara ketika cuba menyelamatkan badak sumbu Sumatera satu ketika dahulu yang kini dianggap sebagai spesies pupus secara fungsian di Malaysia.
00:39Bila kita bincang tentang moral dan etika, dan dengan kloning, baria menjadi tina, macam semua pun hampir boleh buat.
00:49Tapi itulah, saya rasa pihak kementerian, pihak jabatan pun sedar tentang ini dan kita memang perlukan lebih banyak kajian untuk kita akhirnya capai satu persetujuan.
00:59Tapi itu yang saya kata, bila kita di tahap darurat, contohnya macam sekarang kita tinggal dua ekor Harimau Malaya sepasang, jantai tinggal dua last je.
01:12Dan the ethical dilemma pada masa itu adalah, adakah kita nak biarkan dia pupus? Begitu sahaja tanpa usaha yang lain.
01:19Jadi, we have crossed the bridge, we have crossed that bridge with Sumatera Rhino.
01:23Kita memang masa itu, selagi boleh, apa daya yang kita ada, kita nak cuba untuk, memang usaha manusia tapi kuasa Tuhan.
01:34Tapi, ikhtiar itu lah, ikhtiar itu kita cuba juga buat kloning pada Sumatera Rhino but evidently memang we are a little too late.
01:43Pada masa itu, semua benda, susah lah sebab, ya, stem cell walaupun relatively senang tapi pada spesies yang berbeza, contoh Sumatera Rhino, kita perlu optimise lah.
01:53Kita perlu betul-betul tengok resepi dia, protokol dia tu, tailor.
01:57So, macam, kalau kelang kabut, masa itu baru nak buat. I think the time frame will not be so kind on you.
02:04Katanya kepada Awani Pagi, teknologi cell stem mungkin kelihatan mudah namun pelaksanaannya amat kompleks dan memerlukan masa serta penyelidikan menyeluruh.
02:13Justeru beliau menyeru agar usaha intervensi untuk menyimpan cell stem ke dalam bank perlu dimulakan sekarang sebagai langkah pencegahan sebelum kejadian tragis seperti kehilangan badak sumbu Sumatera di negara ini berulang.
02:24Pengklonan harimau melayah kini sedang dikaji sebagai antara ikhtiar sentifik terakhir untuk menyelamatkan spesies ikonik negara yang berada di ambang kepupusan.
02:33Namun, usaha ini tidak terlepas daripada perdebatan panjang dari sudut bioetika, ekologi dan kesediaan dasar negara.
02:41Dr. Wan Nofitri adalah penerima geran anugerah merdeka bagi penempatan antarabangsa.
02:45Beliau baru saja menamatkan penempatan selama tiga bulan di Cornell University, New York di mana kejayaan awal yang dicapai telah membuka ruang kepada kerjasama antarabangsa.