Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Indeks pasaran utama itu dibuka 14.89 mata lebih tinggi kepada 1,561.39, paras terendah hari ini, sebelum meningkat secara konsisten untuk mencapai paras tertinggi intra hari 1,582.55 pada sesi petang.

Bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI setakat pembukaan Rabu? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Saya ingin tunjukkan kepada anda, kedudukan Bursa Malaysia setakat pada pagi ini, Bursa Malaysia FBMK LCI setakat pada pukul 9 pagi tadi dibuka adalah pada nilai 1,578.79, masih lagi di atas para 1,500 mata dan ini adalah penurunan sedikit 3.60 mata ataupun bersama dengan penurunan 0.23% untuk pagi ini.
00:24Indeks ini adalah FBMK LCI yang diukur berdasarkan 3 Bursa dengan market capitalisation terbesar. Ini menggambarkan kedudukan Bursa tersebut dan juga sentiman di Bursa tempatan tetapi bagaimana untuk kita melihat bahawa kita menjelang kepada separuh pertama tahun ini dan kita menyaksikan bahawa ramai penganalisis sebelum ini menggambarkan kemungkinan Bursa Malaysia boleh mencecah sehingga 1,800 mata.
00:50Kalau kita melihat kepada gaya trend sehingga kepada hari ini 1,578 mata ini masih jauh untuk kita capai 1,800 mata tersebut.
00:58Apa yang harus kita saksikan dan juga impetus perangsang apakah yang perlu wujud dalam pasaran itu persoalan besar yang perlu kita saksikan untuk menentukan kenaikan FBMK LCI bergerak ke hadapan.
01:09Dan setakat pada pagi ini masih lagi di atas 1,500 mata dan di bawah 1,600 mata.
01:15Dan apabila menjelang hujung tahun mungkin ada banyak data, pelanjawan dibentangkan, perkembangan antarabangsa mungkin lebih jelas dasarnya.
01:22Mungkin itu akan mempengaruhi kedudukan ini dan pelabur yang masih lagi mengambil cikap berhati-hati mungkin akan kembali ke pasaran Malaysia dan juga melabur wang mereka.
01:30Terima kasih telah menonton!

Recommended