Tarif timbal balas oleh Amerika Syarikat berpotensi menjejaskan eksport ekonomi biru Malaysia hampir AS$100 juta. Sejauh mana serius ancaman ini kepada sektor-sektor utama seperti perikanan, pengangkutan maritim dan bioteknologi marin? Kupasan lanjut dalam #NiagaAWANI
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Okey, anda masih lagi menonton Niaga Awani, misalnya saya Najib Arof, ketidaktentuan geopolitik dan juga perang dagang global, terutamanya antara kuasa besar mereka syarikat dan China, bukan sahaja memberikan kesan kepada rantaian bekalan dan juga perdagangan dunia, malah turut menguji daya tahan serta arah tujuh ekonomi biru Malaysia, iaitu sektor bernilai tinggi yang merangkumi perikanan, pelabuhan, tenaga, lautan dan juga pelancongan marine sendiri.
00:25Tak kala sebagian melihatnya sebagai satu ancaman, ada pula yang melihatnya potensi luar biasa untuk Malaysia mengorak langkah sebagai hub logistik serantau dan peneraju dalam inovasi marine dan juga tenaga lestari.
00:37Untuk bincangkan lebih lanjut, kita bersama dengan Prof. Madia, Dr. Hazman Samsuddin, Pengarah Pusat Kemajuan Ekonomi Biru, Beacon Universiti Malaysia Terengganu.
00:45Terima kasih, Dr. Kerana bersama dengan kami pada pagi ini. Saya nak bertanya soal pertama sekali tarif timbal balas dari Amerika Syarikat ini, sebab ini adalah topik yang hangat dibincangkan.
00:56Kalau kita melihat, mungkin tarif timbal balas oleh Amerika Syarikat ini mungkin berpotensi menjelaskan ekspor ekonomi biru Malaysia yang kini hampir 100 juta dolar.
01:04Sejauh mana serius yang ancaman ini kepada sektor-sektor utama seperti perikanan, pengangkutan maritim ataupun bioteknologi marine sendiri?
01:12Baik, terima kasih. Terima kasih kerana menjemput saya ke studio. Jadi sebelum saya menjawab soalan itu, kita lihat dulu perkembangan terbaru tentang perang dagang antara US dan China.
01:27Kita dapat lihat berparipas ketegangan perang dagang ini sedikit meredah. Kita dapat lihat tarif yang dikenakan oleh US kepada China telah menurun daripada 145% kepada 30%.
01:42Dan tarif timbal balas kepada US juga telah diturunkan kepada 10% daripada 125%.
01:49Dan bagi negara-negara lain seperti Malaysia, keadaan ini masih lagi dalam keadaan dormen sehingga Julai nanti.
01:56Ini merujuk kalau kita lihat selepas ini kita tidak tahu lagi apa yang akan berlaku.
02:03Maksudnya kat sini banyak ketidakpastian dalam apa nama ni perang dagang ini.
02:10Dan ini akan mewujudkan keadaan yang tidak stabil dan agak volatile.
02:14So jadi berbalik kepada soalan, sebenarnya ekspor ekonomi biru Malaysia ke US lebih daripada 100 juta USD.
02:23Yang 100 juta USD ini adalah import ekonomi biru secara direct seperti perikanan, perkapalan, produk lain yang berasaskan marine.
02:32Ini ekspor kita kepada US.
02:34Dan sebenarnya angka ini boleh meningkat sehingga AS 250 juta USD.
02:42Bersamaan RM hampir 1 bilion.
02:46Kerana kebanyakan ekspor berkaitan ekonomi biru ni dia termasuk dalam kategori-kategori barangan tertentu seperti ekspor kemikal dan barangan perkilangan.
02:54Kalau kita bawa keluar komponen data ekspor ekonomi biru ni tadi, dia boleh mencecah sehingga 1 bilion RM ataupun 250 juta USD tadi.
03:02Okey jadi melihat kepada potensi ekspor yang bakal terjejas.
03:07Saya kira ancaman ketidakstabilan perang dagang ini sangat serius.
03:12Dan kesan rantaian dari ketidaktentuan pasaran akan memberi kesan pengganda yang negatif.
03:17Kepada pemengenai ekonomi biru Malaysia jika tak ada persediaan yang rapi dan perancangan strategiknya.
03:25Jadi kesan paling dekat kalau kita boleh lihat tadi.
03:29Yang pertama turun naik frekuensi aktiviti pelabuhan.
03:32jangkaan pengurangan ekspor dan pekerjaan sektor ekonomi biru.
03:36Akibat kelembapan ekonomi dunia kerana ketidaktentuan pasaran.
03:40Yang akhirnya boleh menjurus kepada dasar moneteri yang lebih ketat.
03:45Dan umum juga mengetahui rantaian industri ekonomi biru di Malaysia ni sebahagiannya adalah daripada segmen ekonomi mudah rentan.
03:53So jadi sini sudah pasti ketidaktentuan pasaran ni akan menggugat pembangunan ekonomi biru di Malaysia.
04:00Okey. Doktor, kalau kita juga melihat dalam keadaan yang penuh ketidaktentuan pada ketika ini.
04:06Dengan apa yang doktor sebutkan tadi sebagai peluang yang harus dicari dan sebagainya.
04:11Perkembangan negara seperti Malaysia ni boleh harus dan juga boleh secara pantas mengambil peluang.
04:16kepada potensi yang wujud sama ada sektor yang mungkin yang belum ataupun yang kurang diteroka seperti hub logistik serantau
04:24ataupun pasaran makanan laut halal dan sebagainya.
04:26Terima kasih.
04:30Okey jadi bila kita sebut pasal hub logistik ni ni juga adalah perkembangan yang terbaru.
04:35Kita dapat tahu yang projek Thailand, Kera Super Canal ataupun Land Bridge ni akan bermula pada penghujung 2025.
04:42Jadi sudahlah dengan ketidaktentuan perang dagang.
04:45Tambah lagi dengan perkembangan projek jambatan darat ini.
04:48Jadi bagaimana kita nak melukar semua ancaman risiko ekonomi ini kepada suatu peluang.
04:55Dengan adanya jambatan darat ni adakah Malaysia mampu kekal sebagai pintu pelabuhan utama koridor timur dan barat lagi?
05:04So jadi berbalik kepada soalan tu.
05:07Saya suka memetik ayat Quran selaras dengan surah Al-Insirah.
05:11Innamalusri Yusra'
05:12Innamalusri Yusra'
05:13Sesungguhnya berserta kesulitan ada kemudahan.
05:16Diulang lagi sekali sesungguhnya berserta kesulitan ada kemudahan.
05:21Jadi dekat sini apabila satu pintu tertutup, pintu lain akan terbuka eh.
05:25Terpulang pada kita untuk melihat di mana peluang baru bakal muncul.
05:29Kalau kita lihat eh kadar tarif baru yang diumumkan, yang dikenakan kepada Malaysia.
05:34Sebelum tarif pause baru-baru ini, ia agak rendah berbanding tarif yang dikenakan kepada beberapa negara lain.
05:40Jadi di sini Malaysia berpotensi untuk menjadi third country circumvention.
05:46Senang saya nak terangkan ini contohnya eh, barang negara C
05:50Didagangkan ke US melalui Malaysia.
05:53So jadi kita dapat peluang ini.
05:55Kerana tarif kita agak rendah banding dengan negara lain eh.
05:59Okey.
05:59Jadi ini adalah peluang.
06:01Kemudian peningkatan kecekapan sistem custom.
06:04Dengan memudahkan birokrasi.
06:06Especially berkaitan dengan tempoh masa prosedur custom clearance.
06:10Serta mengukuhkan hubungan serantau terutamanya Indonesia dan Filipina mampu mengekalkan Malaysia sebagai hub logistik utama.
06:18Itu berkaitan dengan hub logistik.
06:21Banyak lagi peluang lain yang kita boleh venture eh.
06:24Seperti contohnya peralihan pasaran.
06:28Kita boleh venture kepada pasaran lain yang lebih besar.
06:30Contoh peluang hub makanan laut halal yang dikuatkan dengan pensijilan halal sertu.
06:36Mampu membuka peluang yang lebih besar.
06:39Malaysia perlu memberi fokus kepada projek bersijil halal yang bernilai tinggi.
06:44Untuk pasaran Timur Tengah dan Asia contohnya.
06:47Ini termasuk makanan laut sedia dimakan, produk kuah kulture dan bahan marine berfungsi.
06:52Ataupun kalau kita lihat sini eh.
06:55Dengan menembusi 1% saja daripada pasaran makanan laut di China.
07:00Seperti Otoshimi dan Surini.
07:02Kita boleh mendapat laba yang sangat besar daripada faedah peralangan luar halal ini.
07:08Di samping itu pelaburan dalam segmen aquaculture mampan.
07:12Rantaian logistik sejuk beku.
07:15Dan perlabelan mesra alam atau eco labeling ini.
07:17Boleh meningkatkan daya saing di kalangan pengguna yang semakin peka terhadap
07:21amalan ESG.
07:24Jadi berkaitan dengan peluang lain berkaitan dengan ekonomi biru.
07:31Apa nama contoh ni.
07:32Karbon biru.
07:33Kita boleh lihat pelaburan dalam sektor tenaga.
07:36Diperbaharui ya.
07:37Renewable energy seperti angin luar pesisir, tenaga umbak, hidrogen biru.
07:42Boleh ditroka.
07:43Jadi dengan takbir urus yang baik.
07:45Malaysia berpotensi besar untuk memukai akses kepada pembiayaan karbon biru.
07:49So jadi dengan maksudnya pembiayaan karbon biru ini akan membuka lagi peluang-peluang lain.
07:57Kita especially pilihan kepada tenaga alternatif.
07:59Kenapa pilihan kepada tenaga alternatif ini saya lihat sebagai satu peluang.
08:03Ini didorong oleh kebimbangan terhadap keselamatan tenaga akibat ketegangan geopolitik.
08:10Ini telah mempercepatkan lagi minat terhadap sumber tenaga alternatif.
08:14Jadi Malaysia boleh mengambil peranan sebagai peneraju dalam pembangunan tenaga alternatif ini.
08:19Okey.
08:20Doktor, saya berbagi satu minit lagi kalau boleh terangkumkan juga.
08:25Bagaimana pada akhirnya semua yang kita rancang ini adalah penting untuk kepada peserta-peserta dalam industri tersebut yang kecil ini.
08:35Nelayan kita.
08:36Ataupun mereka yang bergerakkan industri ini.
08:39Bagaimana penting untuk keselambungan kehidupan mereka dalam kita merangka dasar-dasar yang penting ini.
08:47Saya melihat ini sangat penting kerana bila kita sebut industri ekonomi biru, kebanyakan ini terangkum dalam komuniti yang mudah rentan.
08:58So, jadi saya lihat Malaysia sekarang di dalam fasa pelaksanaan pelan indoekonomi biru.
09:07Dan saya nampak pelan indoekonomi biru ini sangat penting bagi meningkatkan inklusiviti.
09:15Dan ia bukan sahaja mampu macu ekonomi sebuah negara tetapi juga penekanan terhadap kelestarian.
09:22Bila kita sebut kelestarian ini, dia ada tiga tiang utama yang kita perlu beri fokus.
09:29Ekonomi, alam sekitar dan kesejahteraan sosial.
09:32Jadi, dengan memberi penekanan terhadap tiga segmen ini, saya jangka ekonomi Malaysia akan berkembang.
09:41Namun untuk memberi fokus kepada sektor ini, data-data seperti Ocean Accounting yang berintegrasi dan dengan capaian mudah sangat penting.
09:50Kerana pembuatan dasar perlu berasaskan data dan bukan persepsi atau tanggapan satu hala sesetengah pihak sahaja.
09:58Macam kita tak nak lagi pembuatan dasar berdasarkan saya rasa, saya agak.
10:03Dengan adanya data-data ini, kita akan dapat mengukurlah sejauh mana kejayaan kita dan kita dapat membela nasib-nasib golongan dalam ekonomi biru yang mudah rentan ini tadi dan berprepresentasi rendah.
10:15Dan yang penting satu lagi ialah akses ekonomi biru kalau kita sentuh kepada perikanan, akses kepada kewangan sangat limited.
10:25Dan saya harap akses kepada kewangan ini dapat diperbaiki dari semasa ke semasa jika kita mahu mengungguli dalam bidang ekonomi biru ini.
10:33Ok. Dr. Hazman, terima kasih kerana bersama dengan niaga awal ini pada pagi ini membantu kami memahami ekonomi biru dan kesan dan impaknya di peringkat terbangsa, tarif war dan juga pada akhirnya poket rakyat kita sendiri yang menggerakkan industri ini.
10:45Terima kasih kerana bersama dengan kami pada waktu ini.
10:47Terima kasih kerana menonton!