Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Setiap jemaah diibaratkan ayah dan ibu sendiri, demi menjamin keselamatan jemaah haji Malaysia.

Pasukan Keselamatan Lebuhraya (PPKL) menjadikan hentian di padang pasir sebagai markas memantau pergerakan bas membawa jemaah.
Transcript
00:00Dari Madinah ke Mekah jaraknya lebih 400km dan kira-kira 7 jam perjalanan dengan menaiki bas.
00:07Sepanjang perjalanan, pelbagai kemungkinan boleh berlaku termasuk masalah kesihatan di kalangan jemaah.
00:13Menyedari risiko ini, Pusat Panggilan Keselamatan Lebuh Raya PPKL memantau sepanjang pergerakan dan mengatasi masalah jika berlaku perkara tidak dingini.
00:22Ikuti laporan Zaiful Arifin dan Azizul Azwar dari Mekah.
00:25PPKL dianggotai dua petugas dan tiga pembantu.
00:31Pasukan ini menjadikan kawasan henti dan rehat ini sebagai pusat operasi.
00:37Lokasi strategik ini yang terletak antara Madinah dan Mekah dijadikan pusat memantau jemaah 24 jam.
00:43Di sinilah juga anggota PPKL beroperasi.
00:47Kebanggaan mereka setiap hari akan menerima lima haji kita daripada Madinah, daripada Bir Ali sepas mereka berniat untuk umrah.
00:56Dan akan berhenti di sini untuk mereka berehat sebentar untuk solat dan juga makan seperti kita lihat di belakang ini.
01:04Dan mereka bolehlah selama satu jam merehatkan diri sebelum mereka naik ke bas kembali dan bergerak ke Mekah Al-Mukarama.
01:14Jadi kabung haji sentiasa mengambil berat akan perjalanan jemaah haji di mana kita mempunyai apa yang dipanggil sebagai pusat panggilan kecemasan lebuh raya.
01:26Di mana sekiranya berlaku apa-apa kecemasan di lebuh raya, kita pantau secara online dan kita pastikan mereka ini sampai ke tempat yang dituju.
01:37Jadi daripada Madinah, mereka akan berhenti di sini untuk berahat dan seterusnya mereka akan terus ke Mekah.
01:46Ibarat Wira tidak didendang. Setiap anggota PPKL perlu ada daya tahan fizikal dan mental yang kental dalam melaksanakan tugas.
01:54Tapi cabaran kat sini, cabaran dia kita nak kejar bas tu. Kita nak kejar, kita nak tahu keberadaan lokasi bas antara Mekah dan Madinah.
02:09So, saya kena berusaha, kontak jemaah haji, tengok kat mana lokasi dia sekiranya berlaku apa-apa kecemasan di lebuh raya.
02:21Setakat ni dah KT yang ke-9, Alhamdulillah tak ada apa-apa lagi yang kecemasan yang luar biasa.
02:31Setakat ni ketibaan je lah, ketibaan sampai lewat. Itu sahaja.
02:35Tak adalah jemaah tertinggal kan apa tadi ya?
02:38InsyaAllah tak ada. Kita doa banyak-banyak supaya tak adalah berlaku jemaah haji tertinggal.
02:44Sebenarnya dia akan kira dulu jemaah haji di dalam bas sebelum kita bergerak semula ke Mekah.
02:53Saya anggap semua jemaah haji ni macam mak ayah saya sendiri.
02:57So, macam mana saya jaga jemaah, macam tu saya kena jaga mak ayah saya.
03:00So, samalah.
03:01Ni lagi tetamu, tetamu Allah kita, tetamu Dujuf Rahman.
03:07So, saya kena jaga sebaik-baiknya.
03:09Alhamdulillah, dia sangat membantu.
03:13Kiranya setiap jemaah dia akan, setiap kali sampai satu tempat,
03:20Ahli Tawah Haji akan beritahu maklumat kat kami lah apa yang patut kami buat, tunggu ke macam mana.
03:25Haa, sangat membantu.
03:29Rasa selamat dia eh. Rasa selamat.
03:31Haa, rasa selamat.
03:32Kalau macam ada masalah pun bila kita kontak dia ataupun jumpa Ustaz,
03:37kalau masalah semua selesailah.
03:38Baik, inilah tanggungjawab petugas BPKL ataupun skuad BPKL yang akan memberikan arahan,
03:51yang akan memberikan maklumat kepada para jemaah apabila tiba di RNH.
03:55Tugas mereka sangat penting kerana mereka akan memastikan keselamatan para jemaah.
04:00Terima kasih kerana menonton!

Recommended