Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Kes jenayah seksual di Perlis mencatatkan peningkatan sebanyak 31 peratus atau 12 kes, daripada 39 kes pada 2023 kepada 51 kes tahun lalu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kes jenayah seksual di Perlis mencatatkan peningkatan sebanyak 31% atau 12 kes daripada 39 kes pada 2023 kepada 51 kes tahun lalu.
00:12Ketua Polis Perlis Dato' Muhammad Abdul Halim berkata 98% kes tersebut melibatkan hubungan seks suka sama suka antara suspek dan mangsa yang masih di bawah umur.
00:23Katanya lebih membimbangkan terdapat pelajar berusia antara 12 hingga 16 tahun yang menjadi mangsa jenayah seksual sehingga melahirkan anak pada usia muda.
00:34Muhammad berkata antara punca berlaku jenayah seksual itu ialah penyalahgunaan platform media sosial seperti WhatsApp, TikTok, Facebook dan Telegram apabila remaja menggunakannya untuk mencari pasangan dan menjalin hubungan sebagai kekasih.
00:47Katanya permulaan kepada perkenalan singkat itu menyebabkan mangsa dan suspek melakukan hubungan seks dan seterusnya terjerumus ke salah laku jenayah seksual.
00:56Dalam perkembangan lain, Muhammad berkata kes buli melibatkan pelajar sekolah di Perlis mencatatkan 6 kes pada tahun lepas berbanding 9 kes pada 2023.
01:05Bagi menangani isu jenayah yang melibatkan kanak-kanak, beliau menegaskan pihak polis telah mengambil pelbagai inisiatif termasuk mengadakan kempen kesedaran di tadika, sekolah rendah dan menengah selain menggalakkan kerjasama masyarakat untuk menyalurkan maklumat.
01:20Terima kasih telah menonton!

Recommended