Industri penerbangan dijangka mencatatkan hasil lebih rendah ekoran penutupan ruang udara Paksitan susulan ketegangan yang melanda.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Industri penerbangan Malaysia yang ketika ini berada dalam keadaan baik berpotensi merekodkan perolehan hasil yang lebih rendah.
00:08Pengarah program MBA Putra Business School, Prof. Dr. Ahmad Razman Abdul Latif melihat,
00:13senario ini bakal berlaku jika industri terus berdepan peningkatan kos perjalanan udara,
00:18kelewatan rantaian bekalan serta penyusutan aktiviti pelancongan disebabkan gaguan penerbangan secara berterusan.
00:25Beliau berkata keadaan ini diburukkan lagi oleh penutupan ruang udara Pakistan sesulat ketegangan dengan New Delhi yang semakin meruncing.
00:34Malah perkembangan itu berlaku ketika mana konflik Ukraine-Rusia masih belum tamat sekaligus memberi tekanan kepada sentimen perniagaan.
00:40Beliau menarik perhatian berikutan laluan penerbangan global terjejas tindakan melencungkan penerbangan sebaliknya akan meningkatkan lagi bebanan dari segi kos logistik.
00:50Manakala pelancong mengambil jalan selamat dengan tidak melakukan aktiviti itu atas faktor keselamatan.
00:55Dalam hal ini katanya Malaysia perlu memberi tumpuan terhadap usaha meningkatkan hasil dengan mengembangkan perdagangan.
01:00Ini kerana ia berupaya menjadikan industri-nya lebih berdaya tahan bagi mengatasi cabaran di hadapan di mana ia diburukkan oleh tindakan doa kesyarikat yang menggunakan tarif timbal balas.
01:10Dalam hal itu, Ahmad Razman berkata sebarang penyelarasan semula penerbangan melalui laluan lebih panjang hanya akan meningkatkan kos operasi syarikat penerbangan.
01:18Malah ia dilihat memberi kesan terhadap aliran barangan serta pergerakan keluar masuk individu di Malaysia.
01:23Katanya, lancongan laluan yang lebih jauh ini berpotensi meningkatkan kos logistik selain menjejaskan rantaian bekalan.
01:30Ujah beliau, pergerakan pelancong turut terjejas sekaligus memberi impak negatif terhadap industri penerbangan.
01:35Beliau melihat kebibangan mengenai keselamatan ini akan mempengaruhi tingkah laku aktiviti pengembaraan yang menjejaskan permintaan dalam segmen perjalanan ke luar negara.