Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Malaysia berada di kedudukan tiga terbawah dalam kalangan negara ASEAN dari segi nilai tarif timbal balas yang dikenakan Amerika Syarikat iaitu pada nilai 24 peratus. Meskipun ia ditangguhkan selama 90 hari bagi memberikan ruang rundingan dagangan, tarif 10 peratus masih terpakai.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Baik, dalam kalangan negara ASEAN, Malaysia dikedudukan tiga terbawah dari segi nilai tarif timbal balas yang dikenakan Amerika Syarikat iaitu pada nilai 24%.
00:10Dan meskipun ia ditanggungkan selama 90 hari bagi memberikan ruang rundingan dagangan, namun tarif 10% masih terpakai.
00:18Dan kita akan berbincang lanjut mengenai perkara ini, kita akan terus bersama dengan Prof. Emeritus Dr. Barjoya Bardai,
00:23Provost Malaysia, University of Science and Technology, MAST.
00:26Prof, Assalamualaikum, pertama sekali kalau kita nak lihat, meskipun tarif 24% itu digantung selama 90 hari,
00:32namun masih terdapat angka 10% itu yang berkuat kuasa ketika ini dan ia nyata memberi kesan kepada ekspor negara.
00:39Jadi bagaimana doktor melihat kesan kepada ekspor negara memandangkan 13% ekspor kita adalah ke Amerika Syarikat?
00:45Silakan Prof.
00:47Terima kasih.
00:50Sebenarnya 10% itu adalah satu angka yang besar.
00:54kerana kita hanya mengandalkan dikurang 5.6% dan kebanyakan pengilang-pengilang dalam semikonduktor misalnya mendapat keuntungan kira-kira 10% atau 11% ya,
01:11majlis untung dia saja.
01:12Jadi kalau dikenalkan 10%, mereka sebenarnya akan terpaksa mengekspor pada kadar apa yang dipanggil pulang modal.
01:21Tidak ada untung dan ini merisaukan banyak pemain-pemain antarabangsa khususnya.
01:30Namun di dalam jangka pendek, semua pengeluaran semikonduktor adalah dikecualikan dari kenaikan 24% ini.
01:4110% itu mungkin boleh dinegosip lagi untuk memastikan kebanyakan pengeluar-pengeluar ini yang merupakan sebenarnya pengeluar daripada US
01:57tidak akan terjejas prestasi mereka disebabkan oleh peraturan baru ini.
02:03Prof, kalau kita lihat Amerika Syarikat ada menuntut empat perkara daripada Malaysia ketika sisi rundingan pertama
02:12yang sebelum ini termasuk kelonggaran berkenaan dengan sektor halal dan juga dasar bumi putra.
02:17Jadi bagaimana tuntutan ini sebenarnya menjadi satu bebanan kepada Malaysia untuk kita penuhi, Prof?
02:22Empat perkara yang penting ialah satu yang dipanggilkan non-tarif barrier ataupun tarif yang bukan dalam bentuk tukai.
02:33Ini termasuklah misalnya kesulitan ataupun masa yang panjang untuk mendapatkan sijil halal bagi pengeksportan daging daripada US misalnya.
02:47dan kemudian proteksi ataupun perlindungan yang diberi kepada kumpulan peniaga mikro kecil dan sederhana khususnya kaum Muin Putra.
02:59Sebenarnya ini satu beban kepada Malaysia dan mungkin kita perlu mengubah perspektif ini kerana kepada kaum Muin Putra
03:10kita bukan memberikan dia insentif tapi kita hanya cuba untuk mengimbangi, mengimbangi kedudukan ekonomi kaum Muin Putra ini
03:21dengan kaum lain termasuk peniaga asin di Malaysia.
03:24dan tiga permintaan yang lain mungkin boleh dihalusi kerana secara umumnya mereka merasakan kepentingan bersama untuk meneruskan perdagangan.
03:44cuma mereka mahukan kita lebih bersikap adil maksudnya untuk mencuba mengimbangi perdagangan supaya kadar defisit yang hari ini melebihi Rp70 bilion akan berkurang.
04:02kalau kita nak lihat juga tentang sesi rundingan seterusnya yang akan membawa delegasi METI Malaysia ke Amerika Syarikat ataupun Washington
04:12yang akan berlangsung bulan ini dan dijaga akan tertakluk kepada Non Disclosure Agreement ataupun NDA.
04:18jadi pada pendapat Prof, apakah lampu merah buat Malaysia dalam sesi rundingan akan datang?
04:23apa yang kita tidak boleh ataupun perlu dipenuhi sepenuhnya?
04:27saya merasakan mungkin mereka sudah menunjukkan bahawa untuk berlaku adil kadar 10% akan berkuat kuasa di seluruh dunia
04:39dan itu mungkin untuk jangka pendek susah untuk dirundingkan
04:45tetapi kadar yang selebihnya yang 14% itu masih boleh dirundingkan
04:52dan Malaysia mempunyai keperluan untuk menurunkan kadar daripada 24% itu serendah mungkin kerana kita ada dua sektor yang terlibat dengan genting
05:08pertama ialah elektronik dan elektronik yang akan terjejas kerana kadar 24% itu akan menjadikan kedua-dua sektor ini tidak berdaya maju lagi
05:20satu lagi ialah sektor pembekalan solar panel yang juga mana di negara-negara lain ditemikkan kadar yang terlampau tinggi
05:30adakah kerajaan Amerika akan sanggup untuk menurunkan bagi Malaysia?
05:37kerana ini mungkin dilihat berlaku berat sebelah kepada negara lain
05:43secara umumnya Malaysia mempunyai asas yang kukuh kerana Amerika memerlukan Malaysia dalam semikonduktor dalam minyak sawit
05:57dan juga Malaysia juga memerlukan Amerika
06:03jadi Amerika maukan kita untuk mengimport lebih banyak
06:08dan khususnya mungkin dalam barang-barang makanan dan sebagainya
06:14tapi ini akan bergantung kepada apakah harga boleh diturunkan
06:20kerana pada masa ini mungkin dilihat kadar produktiviti di Amerika agak rendah menyebabkan harga barang-barang
06:29daripada US adalah mahal berbanding dengan barang-barang lain daripada dunia
06:34Prof, bercakap mengenai kebersaling gantungan antara Malaysia dan Amerika Syarikat
06:40saya nak tanya adakah doktor yakin selepas 90 hari kedua negara Malaysia dan Amerika Syarikat
06:45mampu capai perjanjian perdagangan
06:46ataupun Amerika hanya cakap besar dan tidak laksana pun tarif 24% itu?
06:51saya berbelah bagi tentang itu
06:56cuma kemungkinannya Amerika akan meneruskan pelaksanaan 10%
07:02untuk seluruh dunia dan membatalkan yang lain
07:06tetapi itu keputusan jangka pendek
07:09kerana matlamat jangka panjang Amerika ialah
07:13untuk mengembalikan US sebagai rather the great American
07:18dan untuk ini dua strategi yang mereka nak tunjukkan
07:23mereka nak bawa balik semua pengilang-pengilang mereka
07:28yang kini berada di China dan di negara-negara lain seperti Malaysia
07:33untuk balik ke US, beroperasi daripada US
07:37supaya ini memberikan peluang pekerjaan kepada warganya
07:42dan memberikan peluang perniagaan kepada
07:46perniaga-perniaga kecil dan sederhana di US
07:50keduanya Amerika juga
07:52mahu dilihat
07:55masih terus menjadi kuasa besar
07:58yang boleh menguasai dunia
08:01dengan memastikan semua negara di dunia ini
08:04masih menghormati US
08:07masih memerlukan US
08:09jadi kalau hari ini kita semua sudah
08:12mula memikirkan bagaimana nak meminggirkan US
08:14bagaimana nak
08:16keluar daripada
08:18keungkungan kadar US dollar
08:21mereka sedang berusaha untuk cuba
08:26menjadikan mereka lebih berkuasa
08:28dalam ekonomi dunia
08:29Prof, mungkin yang terakhir sekali
08:31dalam lebih kurang satu minit lebih
08:33semalam data monetary Bank Negara
08:35menyatakan kemungkinan mereka optimis
08:37terhadap kezat positif
08:39terhadap rundingan perdagangan dengan Amerika Syarikat
08:41dan juga Malaysia
08:42tapi adakah pendapat Prof rundingan ini
08:45akan sebenarnya berhasil untuk kurangkan tekanan
08:47ke atas prestasi dagangan Malaysia
08:48atau kita sebenarnya perlu bersedia
08:50yang tiada kesan positif
08:52yang signifikan yang boleh kita capai
08:53kerana Amerika Syarikat mungkin akan terus
08:55berkeras untuk kekalkan
08:57menaikkan tarif importnya
08:58dalam jangka pertengahan dan panjang
09:02kita perlu segera
09:04memikirkan apakah peluang lain
09:06kita nak menerokai pasaran baru
09:09di Brazil, di Russia, di Balkan, di Afrika
09:14supaya kita mengurangkan pergantungan kepada Amerika
09:19kita hari ini mengekspor
09:21lebih 190 bilion ke Amerika
09:25dan keduanya kita juga
09:27perlu mengurangkan penggunaan US dollar
09:32kerana selagi kita bergantung kepada US dollar
09:35sebagai simpangan
09:38ataupun
09:38simpanan nilai dan juga
09:44sebagai asas
09:46perpukaran perdagangan
09:48kita masih akan bergantung kepada US dollar
09:51wang ringgit kita akan terpaksa
09:54bergantung kepada US
09:56dan ini akan menyebabkan kita
10:00sebuah ekonomi yang
10:01yang terbuka sangat vulnerable
10:04sangat terbuka kepada
10:07kemungkinan kesan
10:09keinflasi dan lain-lain
10:11kegawatan ekonomi
10:12baik, positif atau sebaliknya
10:14kita akan sama-sama nantikan
10:15kesan ataupun
10:16dapatan daripada rundingan
10:18perdagangan itu nanti
10:19jadi terima kasih
10:20di ucapkan kepada Prof. Emeritus
10:21Dr. Barjoy Badai
10:22Provost Malaysia University of Science and Technology MAST

Recommended