Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Suruhanjaya Tinggi sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan bagi mendapatkan maklumat lanjut serta memastikan keselamatan rakyat Malaysia di negara ini.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad pada Rabu menasihatkan rakyat Malaysia supaya tidak melakukan perjalanan tidak penting ke Pakistan, susulan ketegangan ketenderaan di Asia Selatan.
00:11Suruhanjaya itu memaklumkan pihaknya sedang memantau rapi keadaan semasa di Pakistan.
00:17Ia susulan serangan peluru berpandu oleh India ke atas wilayah Pakistan dan Kashmir yang ditadbir Pakistan pada awal Rabu.
00:24Suruhanjaya Tinggi dalam kenyataan berkata pihaknya sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan bagi mendapatkan maklumat lanjut serta memastikan keselamatan rakyat Malaysia di negara ini.
00:36Rakyat Malaysia di kawasan terjejas juga dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan serta arahan terkini daripada pihak berkuasa tempatan.
00:46Ketegangan antara India dan Pakistan yang meningkat sejak bulan lepas memuncak pada awal Rabu susulan laporan mengenai serangan udara rentas sempadan.

Recommended