Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli mengumumkan bersedia mempertahankan jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihan kali ini.
Transcript
00:00Datuk Seri Rafizi Ramli mengumumkan bersedia mempertahankan jawatan timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat pada pemilihan kali ini.
00:07Dalam kenyataannya, Rafizi akan turut serta calon-calon lain bagi pertandingan jawatan tersebut semasa pemilihan kali ini untuk memperkuatkan PKR.
00:16Ahli Parlimen Pandan itu juga mengambil sikap positif meskipun ada kabar mengatakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution dan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar akan bertanding untuk mengisi jawatannya itu.
00:30Menurut Rafizi, ia merupakan hak masing-masing dan wajar diraihkan dalam semangat demokrasi.
00:35Dalam kenyataan yang sama, Rafizi juga menedahkan dua pemimpin tertinggi parti menyatakan keperluan untuk beliau bertanding pada pemilihan kali ini untuk mengekalkan jawatannya dalam parti dan kabinet.
00:46Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Saifuddin Nasution menyatakan pandangan sedemikian semasa pertemuan secara berasingan antara mereka.
00:54Kedua-duanya berpandangan sedemikian apabila beliau menyatakan hasrat untuk tidak bertanding jawatan timbalan presiden dan tidak menyertai kabinet untuk memberi tumpuan kepada akar umbi.

Recommended