Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, menegaskan pelupusan anjing liar akan mengikut SOP yang ditetapkan undang-undang dan tidak dilakukan secara sewenang-wenangnya.
Transcript
00:00Cadangan pelupusan anjing liar di Negeri Sembilan akan mengikut tata cara dan prosedur operasi standar SOP yang ditetapkan undang-undang.
00:08Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, setiap pihak berkuasa tempatan PBT juga ada kaedah pelupusan bagi menyelesaikan masalah anjing liar tidak terkawal yang boleh menyebabkan gangguan.
00:19Pada persidangan Dewan Undangan Negeri Dun Rabu lalu, semua ahli Dewan Undangan Negeri Adun di Negeri Sembilan termasuk pembangkang sebulat suara bersetuju bahawa kaedah pelupusan anjing liar di kawasan majoriti penempatan Melayu perlu dilaksanakan.
00:33Bagaimanapun, cadangan berkenaan mendapat maklum balas kurang senang daripada beberapa pihak terutama pertubuhan bukan kerajaan NGO yang menyifatkan keputusan diambil sebagai tidak sensitif dan bercanggah dengan prinsip kemanusiaan.
00:45Aminuddin berkata cadangan pelupusan itu dibuat selepas lambatkan anjing liar menimbulkan rasa tidak selamat kepada penduduk sekitar selain terdapat kes kecederaan diserang haiwan berkenaan.

Recommended