Nik Nazmi menasihatkan ahli PKR agar tidak terburu-buru mencalonkan Timbalan Presiden, menekankan kepentingan kestabilan parti di tengah gesaan kepada Nurul Izzah untuk bertanding.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Naik Presiden PKR, Nik Nazmi Dik Ahmad menasihatkan ahli parti agar tidak terlalu tergesa-gesa dalam mencalonkan individu untuk jawatan timbalan presiden yang kini disandang Datuk Sri Rafi Ziramli.
00:12Mengulas gelombang sokongan terhadap Nurul Izzah Anwar untuk bertanding jawatan tersebut, beliau menekankan bahawa pencalonan harus dibuat secara teratur dengan mengambil kira kepentingan dan kestabilan parti secara keseluruhan.
00:24Nik Nazmi menjelaskan bahawa ahli PKR berhak menyatakan sokongan kepada mana-mana calon seperti Rafi Zee, Nurul Izzah atau Datuk Sri Saifuddin Nasution Ismail.
00:35Namun pada masa sama beliau menegaskan tindakan sedemikian tidak boleh menjejaskan imej parti atau menimbulkan perpecahan dalaman.
00:43Beliau turut menyatakan bahawa tiada sesiapa boleh mempertikaikan kemampuan Nurul Izzah kerana perjuangan politiknya selama ini telah membuktikan keteguhan dan komitmennya terhadap prinsip parti.
00:53Dalam masa yang sama, beliau menekankan perlunya ahli melihat gambaran keseluruhan dan tidak bertindak terlalu beremosi semata-mata untuk menentang mana-mana kumpulan kerana tindakan seperti itu hanya merugikan parti.
01:05Pencalonan bagi pemilihan kepimpinan pusat PKR dibuka hari ini dan akan ditutup pada jam 11.59 malam Jumaat memberikan ruang terhad untuk membuat keputusan strategik.
01:15Setakat ini beberapa pemimpin tertinggi dan bahagian parti telah menyuarakan sokongan agar Nurul Izzah bertanding jawatan timbalan Presiden, manakala sebilangan kecil pula menyokong agar Saifuddin turut menawarkan diri.