Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menekankan keperluan merangka strategi dan hala tuju baharu pendidikan negara secara berani dan menyeluruh menjelang pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).
Transcript
00:00Perdana Menteri Datuk Syuan Ibrahim menegaskan keperluan merangka strategi dan hala tuju baharu pendidikan negara secara berani dan menyeluruh menjelang pelaksanaan Rancangan Malaysia ke-13 atau RMK-13.
00:12Beliau berkata dah selama perlu disemak dan pendekatan sedia ada perlu disegarkan supaya setiap pelaburan melalui RMK-13 dapat membentuk sistem pendidikan yang adil, berpandangan jauh dan mampan.
00:23Jelasnya melalui kenyataan di Facebook, setiap wang yang dilaburkan harus membuahkan hasil dalam sistem pendidikan yang menjelang masa depan negara yang lebih makmur dan sejahtera.
00:35Anwar sebelum itu menerima kunjungan Menteri Pendidikan Fadlina Siddiq bersama Barisan Pengurusan Tertinggi Kementerian Pendidikan petang semalam bagi membincangkan strategi dan hala tuju pendidikan negara menjelang RMK-13.
00:46Perdana Menteri berkata antara perkara dibincangkan termasuk pendidikan prasekolah, latihan guru serta peningkatan kemahiran di Institut Pendidikan Guru, pelaksanaan pembangunan profesional berterusan dan pemantapan bidang sains, teknologi, kejuteraan dan matematik.
01:01Turut disentuh ialah pengajian peringkat tingkatan 6 dan matrikulasi, isu keciciran murid, permit mengajar bagi sektor awam dan swasta serta keperluan menyusun semula pelan induk pendidikan negara agar lebih selari dengan keperluan semasa.
01:14Anwar berharap segala intipati dan iltizam daripada perbincangan itu dapat digerakkan secara tersusun, menyeluruh dan berani demi masa depan anak-anak pendidik serta keseluruhan ekosistem pendidikan negara.

Recommended