Malaysia Airlines mengubah laluan dua penerbangannya iaitu MH2 dan MH22 berikutan penutupan ruang udara Pakistan pada 6 Mei.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Malaysia Airlines mengubah laluan dua penerbangannya iaitu MH2 dan MH22 berikutan penutupan ruang udara Pakistan pada 6 Mei.
00:08Malaysia Aviation Group Berhad MAG berkata, dua penerbangan Malaysia Airlines itu berhenti sebentar bagi mengisi bahan api di Doha, Qatar
00:16sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing iaitu London Heathrow, United Kingdom dan Paris Charles de Gaulle, Perancis.
00:24Tindakan ini dibuat selepas kedua-dua penerbangan berkenaan diubah laluannya susulan penutupan ruang udara.
00:31MAG berkata, semua penerbangan Malaysia Airlines ke dan dari Amritsar, India ditangguh sehingga 9 Mei kerana lapangan terbang Amritsar akan ditutup dari 7 hingga 9 Mei
00:41berikutan keadaan keselamatan dan operasi yang berubah.
00:45Menurut MAG, keselamatan perumpang dan anak kapal kekal sebagai keutamaan tertinggi pihaknya.
00:51MAG turut sedang memantau situasi ini dengan teliti dan akan terus mengambil semua langkah yang perlu bagi memastikan operasi yang selamat dan boleh dipercayai.
01:01Sementara itu, Batik Air membatalkan penerbangan ke Dandari Lahore, Pakistan dan Amritsar pada 7 dan 8 Mei berikutan situasi serantau yang sedang bergolak.
01:11Laluan yang terjejas termasuk Kuala Lumpur Lahore berlepas pada 5.35 petang dan Lahore Kuala Lumpur berlepas pada 9.35 minit malam pada kedua-dua hari serta Kuala Lumpur Amritsar
01:23berlepas pada 6.40 minit petang dan Amritsar Kuala Lumpur berlepas pada 11.05 minit malam pada 7 Mei.
01:30Sementara itu, Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Air Asia pula berkata,
01:34ia sedang memantau situasi itu serta akan mengikuti semua protokol keselamatan yang diperlukan
01:39selain menekankan keselamatan perumpang dan anak kapal yang merupakan keutamaan tertinggi mereka.
01:45Sampai jumpa di video selanjutnya, Syarikat Penerbangan