Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Syarikat Elektrik Laos (EDL) bersama Sisan International Joint Development Sole Co Ltd akan melaksanakan projek pemindahan talian komunikasi, telekomunikasi, dan elektrik voltan rendah (0.4 kV) dari tiang elektrik ke sistem bawah tanah.

Ia bertujuan meningkatkan keselamatan dan kebolehpercayaan infrastruktur elektrik dan telekomunikasi di seluruh negara.
Transcript
00:00Syarikat Electric Laos EDL bersama Sisan International Joint Development Soul Company Limited akan melaksanakan projek pemindahan talian telekomunikasi dan elektrik volten rendah dari tiang elektrik ke sistem bawah tanah.
00:13Ia bertujuan meningkatkan keselamatan infrastruktur elektrik serta mengurangkan risiko gangguan perkhidmatan terutama ketika cuaca buruk.
00:21Menerusi kenyataan EDL, pendawaian bawah tanah juga dapat mengelak risiko kebakaran dan kerosakan akibat kabel berselirat yang terdedah.
00:33Langkah itu turut menyokong usaha memperkemas landscape bandar, menjadikan kawasan lebih tersusun dan modern.
00:39Fasa pertama projek ini melibatkan laluan sepanjang 12km di Viantian dari persimpangan Sikai hingga ke kawasan Monumen Patukse dan Pusat Konvensyen Nasional.
00:49Fasa kedua akan diteruskan ke empat daerah utama di Ibu Negara, manakala fasa ketiga akan diperluaskan ke seluruh negara.
00:58Inisiatif ini adalah sebahagian daripada pelan pemodenan kerajaan Laos untuk membangunkan bandar lebih mampan, mesra penduduk dan berdaya saing pada masa depan.

Recommended