Kerajaan mengambil pendekatan yang teliti dan berhemah dalam menangani isu tarif yang dikenakan Amerika Syarikat, dengan mengutamakan rundingan diplomatik serta kerjasama serantau.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendekatan itu dilaksanakan secara tenang dan seimbang, dengan tujuan utama untuk melindungi kepentingan negara serta memastikan kelangsungan pertumbuhan ekonomi.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendekatan itu dilaksanakan secara tenang dan seimbang, dengan tujuan utama untuk melindungi kepentingan negara serta memastikan kelangsungan pertumbuhan ekonomi.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Malaysia mengambil pendekatan yang teliti dan berhemah dalam menangani isu tarif AS dengan mengutamakan rundingan diplomatik serta kerjasama serantau.
00:10Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pendekatan itu dilaksanakan secara tenang dan seimbang dengan tujuan untuk melindungi kepentingan negara serta memastikan kelangsungan pertumbuhan ekonomi.
00:20Katanya sebagai pengerusi ASEAN 2025, Malaysia memainkan peranan aktif dalam memperkukuh hubungan dengan Amerika Syarikat serta rakan langgang utama seperti Cina dan Kesatuan Eropah.
00:32Jelas beliau kerajaan turut meneroka peluang perdagangan baharu dengan negara-negara yang sedang pesat membangun seperti Rusia dan Brazil.
00:41Katanya ini merupakan sebahagian daripada usaha mempelbagaikan pasaran ekspor Malaysia.
00:46Pendekatan ini sejajar dengan strategi ekonomi jangka sederhana negara yang memberi tumpuan kepada kestabilan makroekonomi, daya tahan perdagangan global dan peningkatan pelaburan langsung asing.