Singapura menubuhkan sebuah entiti baharu dikenali sebagai Singapore GasCo bagi memusatkan perolehan dan pembekalan gas asli.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Singapura menubuhkan sebuah entiti baharu dikenali sebagai Singapura Gas Co bagi memusatkan perolehan dan pembekalan gas asli dalam usaha peralihan tenaga ke arah masa depan yang lebih mampang.
00:12Dalam kenyataan bersama oleh penguasa pasaran tenaga EME dan Singapura Gas Co, syarikat milik penuh kerajaan itu ditubuhkan bagi memastikan kestabilan bekalan dan harga gas sekaligus mengurangkan pergantungan kepada kontrak bekalan tunggal.
00:28Singapura Gas Co dijangka berperanan penting dalam memperoleh kontrak gas yang lebih kompetitif, mendapatkan bekalan daripada pelbagai sumber dan menandatangani perjanjian jangka panjang demi kestabilan jangka masa panjang.
00:41Kenyataan itu berkata gas asli kini menyumbang lebih 95% penjanaan elektrik di Singapura dan akan terus memainkan peranan utama dalam menjamin keselamatan tenaga negara.
00:51Dengan sasaran mencapai pelepasan sifar bersih menjelang tahun 2050, langkah penubuhan Singapura Gas Co dilihat sebagai antara strategi utama Singapura untuk memastikan sistem tenaga yang lebih selamat, cekap dan mampat.
01:05Terima kasih.
01:06Terima kasih.