Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Vietnam berjaya mengutip lebih 42 trilion Dong atau kita-kira RM7 bilion hasil jualan bon kerajaan sepanjang April 2025.

Lelongan ini dilakukan sebanyak 20 kali oleh Bursa Saham Hanoi, dengan bon yang dijual mempunyai tempoh matang antara 5 hingga 30 tahun.
Transcript
00:00Vietnam berjaya mengutip lebih 42 triliun dong atau kira-kira 7 bilion ringgit hasil jualan bon kerajaan sepanjang April 2025.
00:10Lelongan ini dilakukan sebanyak 20 kali oleh bursa saham Hanoi dengan bon yang dijual mempunyai tempoh matang antara 5 hingga 30 tahun.
00:18Bon yang dilelong meliputi tempoh matang 5, 10, 15 dan 30 tahun dengan bon 10 tahun paling laris, menyumbang 72.2% daripada jumlah terbitan, diikuti bon 5 tahun sebanyak 23.6%.
00:36Kadar pulangan kepada pembeli untuk bon ini turut meningkat berbanding March.
00:41Contohnya, bon 5 tahun memberi pulangan 2.31% manakala bon 10 tahun menawarkan 3.05%.
00:50Di pasaran kedua iaitu tempat bon yang sudah dibeli, dijual semula, jumlah keseluruhan bon kerajaan yang tersenarai sangat besar iaitu lebih 2,000 triliun dong.
01:01Bagaimanapun, purata nilai jual-beli bon setiap hari pada April menurun berbanding March.
01:06Pelabur asing lebih aktif tetapi mereka lebih banyak menjual daripada membeli kerana secara kebiasaan ia hanya menyumbang kira-kira 4% daripada kesemua transaksi.

Recommended