Vietnam dalam proses membahaskan draf Undang-Undang Sains, Teknologi dan Inovasi yang bertujuan menggantikan undang-undang sedia ada sejak 2013.
Draf ini dijangka diluluskan pada Oktober 2025 dengan menekankan peranan sains dan teknologi sebagai asas pembangunan negara.
Draf ini dijangka diluluskan pada Oktober 2025 dengan menekankan peranan sains dan teknologi sebagai asas pembangunan negara.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Vietnam dalam proses membahaskan draf undang-undang sains, teknologi dan inovasi yang bertujuan menggantikan undang-undang sedia ada sejak 2013.
00:10Draf ini dijangka diluluskan pada Oktober 2025 dengan menekankan peranan sains dan teknologi sebagai asas pembangunan negara.
00:19Secara dasarnya, ia mencadangkan peningkatan peruntukan belanjawan negara untuk sains, teknologi dan inovasi daripada 2% kepada sekurang-kurangnya 3%.
00:29Buat pertama kali, istilah dan pembangunan inovasi diiktiraf setara dengan sains dan teknologi dalam undang-undang ini.
00:36Ia memperkenalkan pelbagai mekanisme untuk menyokong aktiviti inovasi terutamanya dalam perusahaan serta menggalakkan pertumbuhan, institusi perantaraan seperti pusat sokongan inovasi, syarikat pemula dan dana modal teroka.
00:51Draf ini juga mencadangkan agar pekerja sains dan teknologi di agensi awam dibenar menubuh dan mengurus perusahaan sendiri untuk mengkomersilkan hasil penyelidikan mereka.
01:02Antara lain, draft ini mencadangkan pemindahan hak milik hasil penyelidikan yang dibiayai oleh belanjawan negara kepada entiti yang bertanggungjawab bagi menggalakkan pelaburan dan usaha pengkomersilan.
01:14Selan