ASEAN perlu memperkukuh kerjasama iklim susulan penarikan diri Amerika Syarikat daripada Perjanjian Paris dan pengenalan tarif baharu.
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, Malaysia sedia berkongsi pengalaman dan memimpin usaha serantau, sekiranya diperlukan.
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, Malaysia sedia berkongsi pengalaman dan memimpin usaha serantau, sekiranya diperlukan.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00ASEAN perlu memperkukuh kerjasama iklim susulan penarikan diri Amerika Syarikat daripada Perjanjian Paris dan pengenalan tarif baharu.
00:08Menteri Sumber Asli dan Kelas Teran Alam Nik Nazmi Nik Ahmad berkata Malaysia sedia berkongsi pengalaman dan memimpin usaha serantau sekiranya diperlukan.
00:18Tegas beliau krisis iklim tidak boleh ditangani secara bersendirian sebaliknya memerlukan kerjasama menyeluruh di rantau ini.
00:25Menurutnya ASEAN memiliki kelebihan tersendiri seperti sumber semula jadi, pasaran yang berkembang dan masa depan yang saling berkait.
00:33Justeru katanya kerjasama antara kerajaan, sektor swasta, masyarakat sivil dan institusi akademik amat penting bagi mengukuhkan tindakan iklim bersama.
00:43Nik Nazmi berkata Malaysia tetap komited untuk menyelesaikan isu berkaitan tarif melalui rundingan dua hala dan serantau.
00:51Namun pada masa sama agenda kerjasama iklim perlu diteruskan tanpa halangan.
00:54Ini selari dengan komitmen Malaysia untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang tahun 2050.
01:02Beliau juga menjelaskan peralihan kepada ekonomi hijau dilihat sebagai satu peluang, khususnya dalam sektor tenaga boleh diperbaharui seperti kecukapan tenaga,
01:11pembuatan panel solar, kenderaan elektrik dan teknologi hidrogen hijau.
01:15Terima kasih telah menonton!