Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) dan Dewan Perniagaan Kemboja melancarkan inisiatif bersama dalam usaha meningkatkan kerjasama ekonomi serta perdagangan dua hala.

Kedua-dua pihak telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) pada Selasa bagi memuktamadkan kerjasama itu secara rasmi.
Transcript
00:00Dewan Perniagaan dan Perindustrian China Malaysia, ACCCIM, dan Dewan Perniagaan Kemboja bekerjasama dalam usaha meningkatkan hala tujuh ekonomi serta perdagangan dua hala.
00:12Kedua-dua pihak telah memeterai Memorandum Persefahaman MOU pada Selasa bagi memuktamatkan kerjasama itu secara rasmi.
00:19Presiden ACCCIM, Datuk Enggih Ping, berpandangan Kemboja mempunyai potensi besar untuk dikembangkan selain mahu menggalakkan usaha mampan di ASEAN.
00:30MOU itu antara lain untuk menetapkan rangka kerja dalam mempromosikan hubungan perdagangan dan pelaburan secara bilateral.
00:37Enggih berkata ini mengambil kira statistik perdagangan dua hala Malaysia dan Kemboja yang mencecah kira-kira RM3.7 bilion pada 2024
00:46dengan ekspor utama Malaysia termasuk produk petroleum, bahan kimia, tekstil dan produk mineral bukan logam.
00:54Kelebihan utama Kemboja pula adalah tenaga kerja muda dan iklim pelaburan yang produktif serta sokongan dasar kerajaan.
01:01Terima kasih kerana menonton!

Recommended