Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) bagi pegawai awam akan terus dilaksanakan secara fleksibel khususnya sempena Sidang Kemuncak ASEAN bulan ini.
Transcript
00:00Dasar bekerja dari rumah BDR bagi pegawai awam akan terus dilaksanakan secara fleksibel khususnya sempena sidang kemuncak ASEAN bulan ini.
00:09Jabatan Perkhidmatan Awam JPA dalam kenyataan berkata pelaksanaan BDR itu bagaimanapun tertakluk kepada peraturan yang sedang berkuat kuasa.
00:19Katanya ia seiring komitmen Kerajaan Madani dalam memperkukuh kesejahteraan rakyat dan kelansungan perkhidmatan awam.
00:26Selaras dengan pendekatan ini, Ketua Jabatan diberi kuasa untuk mempertimbangkan permohonan BDR bagi pegawai yang mungkin terkesan dengan kesesakan aliran trafik sempena pelaksanaan sidang kemuncak ASEAN yang dijadual berlangsung pada bulan Mei tahun ini.
00:41Langkah ini antara inisiatif Kerajaan Madani dalam mengutamakan tabi urus berdaya tahan dan perhatian selaras dengan nilai teras Madani seperti kesejahteraan, isan dan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam.
00:53JPA berkata pegawai awam yang layak disaran berhubung dengan Ketua Jabatan masing-masing untuk pertimbangan sewajarnya.
01:01Jelasnya pelaksanaan dasar itu perlu berpandukan tata cara dan syarat yang digariskan dalam perkeliling perkhidmatan sumber manusia, MyPPSM.
01:09Dasar BDR diperuntukkan melalui MyPPSM bertujuan mewujudkan kesimbangan antara keperluan agensi dalam memastikan kesinambungan tugas dan keperluan pegawai dari segi kesejahteraan serta keharmonian kerja kehidupan.

Recommended