Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menegaskan, beliau memegang kawalan penuh terhadap pentadbirannya dan menolak tanggapan kononnya berada di bawah pengaruh bekas presiden Joko Widodo atau Jokowi.

Katanya, beliau menghormati semua bekas pemimpin negara termasuk Jokowi, namun keputusan akhir mengenai hala tuju negara tidak akan membabitkan campur tangan pihak lain.
Transcript
00:00Presiden Indonesia Prabowo Subianto menegaskan beliau memegang kawalan penuh terhadap pentadbirannya dan menolak tanggapan kononnya berada di bawah pengaruh bekas Presiden Joko Widodo atau Jokowi.
00:12Katanya beliau menghormati semua bekas pemimpin negara termasuk Jokowi namun keputusan akhir mengenai hala tujuh negara tidak akan membabitkan campur tangan pihak lain.
00:21Kenyataan ini sebagai maklum balas susulan spekulasi yang berbangkit kononnya pengaruh Jokowi masih kekal kukuh dalam pentadbiran akan datang.
00:31Ini susulan anak Jokowi Gibran Raka Bumin Raka dipilih sebagai niat Presiden sehingga segelintir pihak bimbang pentadbiran Prabowo akan dikawal oleh kepentingan Jokowi.
00:41Bagaimanapun Prabowo menolak dawan itu kerana keputusannya mencalonkan Gibran adalah berdasarkan kebolehan dan visi bersama bukan kerana tekanan politik.
00:50Beliau menambah pentadbirannya juga terbuka kepada kerjasama semua pihak termasuk tokoh-tokoh politik daripada parti pembangkang.
00:57Prabowo turut berjanji akan meneruskan program pembangunan era Jokowi yang memberi manfaat kepada rakyat namun tertakluk kepada keadaan semasa.

Recommended