Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Bank Rakyat kini bekerjasama dengan Mastercard bagi menyepadukan ciri kad sentuh, atau touch card, ke dalam beberapa jenis kad bank terpilih untuk membantu pemegang kad dalam kalangan orang kurang upaya penglihatan.
Transcript
00:00Dalam usaha menjadikan perkhidmatan kewangan lebih mesra OKU,
00:04Bank Rakyat kini bekerjasama dengan Mastercard bagi menyepadukan ciri kad sentuh
00:09atau touch card ke dalam beberapa jenis kad bank terpilih.
00:13Inisatif ini khusus untuk membantu pemegang kad dalam kalangan orang kurang upaya penglihatan,
00:18termasuk individu buta dan mereka yang mempunyai masalah penglihatan separa
00:22untuk mengenalpasti kad kredit, debit dan perbayar, mereka dengan lebih mudah.
00:27Touch card direka dengan bentuk fizikal unik yang memudahkan pengecaman secara sentuhan,
00:34memberi rasa selamat, inklusif dan kebebasan kepada lebih 2.2 bilion orang di seluruh dunia
00:41yang mengalami masalah penglihatan.
00:44Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, hampir 64,000 individu di negara ini
00:48dikategorikan sebagai cacat penglihatan.
00:51Kerjasama ini turut mendapat sokongan daripada NGO seperti Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam
00:57Malaysia atau Pertis yang menyokong penuh inisiatif ini dalam memperjuangkan keboleh capaian kewangan
01:03untuk komuniti cacat penglihatan.
01:06Dengan inisiatif ini, Bank Rakyat dan Mastercard membuka lembaran baharu
01:10telah memperkasakan komuniti OKU melalui penyelesaian perbankan yang lebih inklusif dan mudah diakses.
01:17Terima kasih telah menonton!

Recommended