Capital A, syarikat induk kepada AirAsia, kini mengorak langkah besar ke pasaran timur tengah dengan mengumumkan peluasan operasi ke Arab Saudi.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Capital A syarikat Indo Air Asia kini mengorak langkah besar ke pasaran Timur Tengah dengan mengumumkan peluasan operasi ke Arab Saudi.
00:08Langkah ini bermula dengan pelancaran laluan penerbangan baharu dari Kuala Lumpur ke Riyadh dan Damam serta peningkatan kekerapan penerbangan ke Jeddah.
00:17Syarikat itu juga sedang mempertimbang laluan dari Bangkok dan Jakarta ke Riyadh dalam usaha memperkukuh hubungan antara ASEAN dan Timur Tengah.
00:25Selain itu, Capital A turut membawa cabang-cabang perniagaannya ke Arab Saudi termasuk teleport iaitu bahagian logistik syarikat yang akan menjalin kerjasama dengan hub logistik dan zon perdagangan bebas Saudi
00:39bagi mewujudkan laluan kargo yang lebih cekap dan pantas.
00:43Asia Digital Engineering pula menyasarkan untuk menubuhkan fasiliti penyelenggaraan pesawat di lapangan terbang tempatan serta melatih jurutera penerbangan Saudi.
00:52Platform pelancongan digital AirAsia Move turut akan menawarkan perkhidmatan tempahan perjalanan secara menyeluruh di negara itu.
01:00Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Tan Sri Tony Fernandes berkata beliau menjangkakan laluan ke Riyadh sahaja akan menarik hampir 1 juta penumpang dua hala menjelang tahun 2026 dan melebihi 7 juta menjelang 2030.
01:13Arab Saudi kini menjadi pasaran tumpuan utama Capital A selari dengan matlamat visi Saudi 2030 untuk menjadikan negara itu hub pelancongan dan logistik global.