Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Kementerian Luar Rusia menawarkan bantuan dan sokongan untuk menyelesaikan konflik yang berlaku antara India dan Pakistan berhubung tragedi di Kashmir baru-baru ini.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kementerian Luar Rusia menawarkan bantuan dan sokongan untuk menyelesaikan konflik yang berlaku antara India dan Pakistan berhubung tragedi di Kashmir baru-baru ini.
00:09Menterinya Sergei Lavrov berkata Rusia menyedari ketegangan yang tercetus di antara kedua-dua negara jiran tersebut.
00:17Menurut Lavrov, Rusia bersedia untuk menawarkan bantuan secara politik kepada India dan Pakistan bagi menyelesaikan masalah yang berlaku.
00:25Katanya menerusi kenyataan di Telegram, konflik itu boleh diselesaikan menerusi persefahaman bersama kedua-dua negara.
00:33Lavrov sebelum itu mengadakan perbualan telefon dengan timbalan Perdana Menteri Pakistan, Ishak Dar.
00:39Perbualan berkenaan diadakan dua hari selepas Lavrov menghubungi Menteri Luar India, Subramanyam Jai Shankar, bagi tujuan yang sama.
00:47Insiden yang berlaku di Pahalgam akhir bulan lepas menyaksikan kumpulan bersenjata menembak mati 26 pelancong.
00:55Serangan berdarah itu didakwa dilakukan oleh kumpulan militan The Resistance Front yang dilekaitkan dengan Lashkar Itaiba,
01:03sekaligus mencetuskan ketegangan diplomatik antara New Delhi dan Islamabad.
01:07Terima kasih telah menonton!
01:09Terima kasih telah menonton!
01:11Terima kasih telah menonton!

Recommended