Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Ringgit ditutup tinggi berikutan tindak balas kerajaan terhadap kesan tarif timbal balik Amerika Syarikat.

Bagaimana prestasi pembukaan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) setakat Selasa? Ikuti perkongsian lanjut di Niaga AWANI.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Baik, kita akan beralih kepada perkembangan ringgit di mana ia telah ditutup tinggi berbanding dolar AS pada istin iaitu semalam berikutan tidak balas kerajaan terhadap kesan tarif timbal balik daripada AS, kata seorang penanalisis.
00:13Dari 6 petang, ringgit melonjak kepada 4.1990 berbanding dolar AS daripada 4.2560 ketika ditutup Jumaat yang lalu.
00:23Baik, kita akan melihat dan menyaksikan bagaimanakah pembukaan semula bursa Malaysia setakat pagi ini lebih tepat pada 6 Mei 2025.
00:32Nilai ringgit Malaysia berbanding dengan mata wang dunia iaitu USD ketika ini yang telah mendapat perhatian hangat di peringkat dunia kerana beliau telah mengenakan tarif timbal balas kepada kebanyakan negara dan kita lihat antara negara yang dikenakan tarif juga termasuk Malaysia sebanyak 24%
00:49namun kita dalam tempoh iaitu pause atau berhentian sementara untuk ruang rundingan tentang kadar tarif yang akan dicapai selepas 90 hari.
00:58Namun kalau kita lihat prestasi nilai ringgit Malaysia setakat pagi ini ia berada pada 4.237 perbanding USD dan kalau kita lihat prestasi dalam tempoh 7 hari daripada hari pertama sehinggalah hari ketujuh bagaimanakah pergerakan ataupun trend nilai ringgit sebenarnya mengalami trend peningkatan.
01:15Apabila graf ini menunjukkan penurunan mencerminkan nilai ringgit Malaysia berada dalam keadaan ataupun kedudukan yang kukuh berbanding USD dan purata ataupun range pergerakan nilai ringgit Malaysia berbanding USD
01:27antara yang terendah telah direkodkan berada pada lebih kurang 4.3359 manakala antara yang tertinggi telah dicatatkan dalam tempoh seminggu daripada 1 April sehinggalah lebih 6 April ini ia berada pada 4.1922
01:41dan ini adalah prestasi ataupun pergerakan nilai ringgit Malaysia berbanding USD dapat kita saksikan dalam tempoh terdekat iaitu dalam tempoh seminggu.

Recommended