Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Peningkatan dagangan Amerika Syarikat (AS) suku pertama bukan tanda kukuhnya ekonomi, tetapi kesan tindak balas awal terhadap tarif.
Transcript
00:00Prestasi dagangan Amerika Syarikat yang meningkat pada suku pertama 2025 bukan disebabkan oleh pertumbuhan pemintaan sebenar tetapi berpunca daripada tindakan awal syarikat untuk mengelak kesan tarif, strategi yang dikenali sebagai front loading.
00:14Menurut fellow bersekutu kanan Institut Dasar Ekonomi dan Kewangan ECOFI Universiti Utara Malaysia UUM, Prof. Madia Dr. Irwan Syah Zainal Abidin, ketidaktentuan dasar oleh Presiden Donald Trump termasuk perubahan pengumuman yang kerap dalam tempoh 100 hari pertama pentadbirannya turut menambah ketidaktentuan pasaran.
00:33Kita perlu balik melihat dari segi kronologi, kronologi secara rikas. Sebab Trump sudah pun mengumumkan akan melaksanakan tarif timbal balas ini pada bulan Februari, 13 Februari.
00:52Dan kita tahu pada bulan Mac, awal bulan Mac, beliau sudah pun mengumumkan tarif kepada aluminium dan juga steel.
01:03Jadi kita tahu bahawa peniaga sudah pun bertindak dengan apa yang telah pun diumumkan oleh Trump pada suku pertama.
01:17Jadi sebab itu kita nampak peningkatan dalam prestasi perdagangan itu di Amerika Syarikat dan juga kita nampak di Malaysia.
01:30Di sebalik itu, prestasi dagangan yang melonjak ini tidak wajar ditafsirkan sebagai petanda ekonomi yang kukuh.
01:38Data rasmi menunjukkan keluaran dalam negara kasar KDNK Amerika Syarikat mengalami pengucupan pada suku pertama.
01:44Jika situasi ini berulang pada suku seterusnya, ia menandakan negara itu memasuki fasa kemelesetan teknikal
01:51sekaligus menunjukkan peningkatan dagangan lebih bersifat sementara dan tidak menggambarkan kekuatan asas ekonomi.
01:58Pada masa sama, Malaysia mengambil langkah strategik bagi menengani kesan tarif
02:02dengan menumpukan kepada kerjasama rentas sempadan, pengukuhan rantaian bekalan dan integrasi keuangan serantau.
02:09Pendekatan ini sejajar dengan kerangka ASEAN Plus 3 dan bertujuan memperkukuh suara serantau dalam rundingan global.
02:16Rundingan masih di peringkat awal dan Malaysia perlu kekal bersedia menyesuaikan dasar mengikut perkembangan semasa.

Recommended