Latihan Mencari dan Menyelamat (SAREX) sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA '25) berlangsung di langkawi, kedah, selama tiga hari mulai hari ini.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Latihan mencari dan menyelamat SAREX sepenuh pameran udara dan maritim antarabangsa Langkawi 2025-525 berlangsung di Langkawi Kedah selama 3 hari bermula hari ini.
00:12Menerusi laman Facebook rasmi Tentera Udara Diraja Malaysia TUDM memaklumkan latihan itu membabitkan kolaborasi TUDM dan pihak berkuasa penerbangan awam Malaysia CAAM.
00:23Latihan itu akan dijalankan dalam bentuk field training exercise FTX yang membabitkan simulasi insiden kemalangan udara serta koordinasi operasi mencari dan menyelamat SAR.
00:38Insiden dirancang berlaku di paeran sekitar Pulau Langkawi dan kawasan perimeter lapangan terbang antarabangsa Langkawi LAL.
00:45Kenyataan itu memaklumkan sepanjang tempoh latihan semua agensi SAR beroperasi mengikut prosedur operasi standar SOP Joint Rescue Coordination Subsenter JRSC Langkawi yang ditubuhkan sepenuh 525.
01:01Sepanjang eksersis pesawat TUDM akan melakukan penerbangan taktikal pada altitude rendah selain pergerakan aset-aset maritim milik agensi keselamatan berkaitan di kawasan latihan yang telah diwartakan.
01:12Sehubungan itu TUDM menyeru orang awam tidak panik atau cemas jika melihat pesawat tentera terbang rendah atau kehadiran aset-aset pertahanan di kawasan sekitar sepanjang tempoh latihan ini dilaksanakan.
01:24Ia merupakan sebahagian daripada usaha berterusan TUDM dan agensi berkaitan dalam meningkatkan tahap kesiap segaan dan keupayaan respons negara terhadap sebarang insiden kecemasan.