Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Beberapa kawasan di selatan Israel dilanda banjir kilat selepas hujan lebat dan angin kencang pada Ahad. Polis menutup laluan utama ke Eilat dan memberi amaran kepada orang ramai agar tidak meredah kawasan yang ditenggelami air.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Beberapa kawasan di selatan Israel dilanda banjir pada ahad susulan hujan lebat dan angin kencang yang mula memburuk pada sebelah petang memaksa pihak berkuasa menutup beberapa laluan utama termasuk pintu masuk ke bandar selatan Eilat.
00:15Laporan tempatan menyebut di Dimona, ribut petir turut membawa bersama ketulan hujan batu.
00:21Perkhidmatan Meteorologi Israel melaporkan sehingga jam 4.30 petang, kawasan Kibbutz Samar menerima 34mm hujan manakala Kibbutz Yotvata mencatatkan 17mm.
00:33Jumlah itu biasanya direkodkan dalam tempoh setahun.
00:36Polis menggesa orang ramai agar tidak memasuki kawasan banjir serta mengelakkan daripada menyeberangi jalan raya, sungai atau kolam takungan yang dinaiki air kerana ia boleh mengancam nyawa.
00:47Orang awam turut dinasihatkan supaya menangguhkan sebarang perjalanan tidak penting ke kawasan terjejas dan mereka yang merancang aktiviti luar diminta untuk merujuk sumber rasmi bagi maklumat cuaca terkini.

Recommended