Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan rancangan untuk mengenakan tarif sebanyak 100 peratus ke atas semua filem yang dihasilkan di luar negara.
Langkah ini bertujuan melindungi industri perfileman domestik yang sedang mengalami kemerosotan ketara.
Langkah ini bertujuan melindungi industri perfileman domestik yang sedang mengalami kemerosotan ketara.
Category
đź—ž
NewsTranscript
00:00Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan rancangan untuk mengenakan tarif sebanyak 100% ke atas semua filem yang dihasilkan di luar negara.
00:09Dalam satu kenyataan yang dimuat naik dalam platform Truth Social pada Ahad,
00:14Trump berkata langkah itu bertujuan melindungi industri perfileman domestik yang dikatakan sedang mengalami kemerosotan ketara.
00:22Trump mengarahkan Jabatan Perdagangan dan Wakil Perdagangan Amerika untuk segera memulakan proses berkenaan.
00:27Ia dikenakan ke atas filem yang memasuki negara itu dan dihasilkan di luar negara.
00:33Trump turut menyifatkan insentif luar negara terhadap pembuat filem Amerika sebagai ancaman terhadap keselamatan negara.
00:41Dakwanya ia merupakan satu bentuk mesej dan propaganda.
00:44Kata Trump lagi, Hollywood dan banyak sektor lain di Amerika sedang terjejas teruk.
00:50Jelasnya ia adalah usaha bersepadu oleh negara-negara asing.