v
Category
đź—ž
NewsTranscript
00:00Data peribadi atau syarikat tidak akan dikompromi dalam sistem data terbuka yang diusahakan oleh Jabatan Perangkaan Negara.
00:07Ketua Perangkawan Dato' Sri Muhammad Uzir Mahidin berkata, data terbuka itu bertujuan mengumpul maklumat di beberapa peringkat untuk mengenalpasti senario sesuatu kawasan, misalnya dalam penyaluran peruntukan.
00:19Data terbuka ini bukan maksudnya kita membuka data individu tetapi kita mengenengahkan begitu banyaknya data bukan sahaja di pingkat ini tetapi profil daerah, profil sesuatu kawasan yang menyebabkan sesuatu program ataupun penyaluran peruntukan itu terus kepada senario sesuatu kawasan.
00:43Uzir turut menyatakan tujuan data dikumpulkan adalah untuk mengira kedudukan ekonomi yang mana Jabatan Perangkaan bertanggungjawab sebagai pengeluar rasmi data keluaran dalam negara kasar atau KDNK.
00:55Misalnya kita melaksanakan menanya syarikat perusahaan tentang mereka punya performance sale jualan, jualan tiap-tiap bulan kan, manufacturing berapa jualan, kedai runcit berapa jualan kerana kita perlukan data ini untuk mengira kedudukan ekonomi kita yang kita keluarkan setiap suku tahunan kan yang kita umumkan bersama dengan pihak di negara.
01:13yang kita sebagai pengeluar resmi data KDNK kan.
01:17Selain itu, beliau turut mengumumkan rang undang-undang statistik 2025 dijangka dibentangkan tahun ini.
01:23Beliau berkata demikian semasa sidang media di Putrajaya pada Isnin.