Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menyelesaikan 6,903 daripada 12,101 isu dokumen pengenalan diri membabitkan pelajar yang berada dalam sistem pendidikan arus perdana di seluruh negara setakat ini.
Transcript
00:00Kementerian Dalam Negeri KDN telah menyelesaikan 6,903 daripada 12,101 isu dokumen pengenalan diri
00:08membabitkan pajar yang berada dalam sistem pendidikan arus perdana di seluruh negara setakat ini.
00:15Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasir Tuan Ismail berkata KDN sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan
00:21dan Jabatan Pendaftaran Negara berhubung perkara itu selain menjangka menyelesaikan bakinya pada Juni ini.
00:30Menurutnya KDN mempunyai dasar jelas yang mana mempermudahkan untuk memiliki dokumen pengenalan diri para pelajar yang layak
00:37walaupun apapun status mereka.
00:41Beliau berkata daripada jumlah 12,101 itu, Sabah merekodkan angka tertinggi bagi permintaan untuk kad pengenalan
00:48membabitkan 6,997 pelajar manakala perlis terendah dengan 50 permohonan.
00:56Saifuddin Nasir Tuan berkata KDN sentiasa komited menyelesaikan isu kewarganegaraan
01:02termasuk pindaan terhadap kaedah-kaedah kewarganegaraan 1964 yang akan dilakukan tidak lama lagi
01:09bagi menambah baik perkara berkaitan.
01:12Beliau sebelum ini memberi jaminan bahawa KDN akan menyelesaikan isu dokumen pengenalan diri
01:18membabitkan sejumlah pelajar dalam tempoh antara 6 hingga 12 bulan
01:22selain bekerjasama dengan KPM serta agensi terlibat.

Recommended