Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Pasangan kekasih yang videonya tular selepas mencuri barang kemas lebih RM111,000 di sebuah kedai emas di Shah Alam, Selangor akan dituduh di Mahakmah Majistret Shah Alam pada Selasa.
Transcript
00:00Pasangan kekasih yang videonya tular selepas mencuri barang kemas lebih 111 ribu ringgit di sebuah kedai emas di Sya'alam minggu lalu akan dituduh di Mahkamah Magistrit Sya'alam pada selasa.
00:12Ketua Polis Tehra Sya'alam, Asisten Komisional Muhammad Iqbal Ibrahim berkata pihaknya mendapat arahan untuk mendakwa kedua-dua suspek itu daripada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya selepas kertas siasatan dirujuk.
00:23Menurutnya, pertuduhan akan dilakukan mengikut Seksyen 380 Kanun Kesiksaan kerana mencuri.
00:30Pasangan kekasih yang berusia 23 dan 25 tahun itu ditahan di Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor, Jumaat lalu.
00:37Siasatan awal mendapati suspek melakukan jenayah itu kerana tiada sumber kewangan kukuh dan mahu memulakan hidup baharu.
00:44Semakan mendapati kedua-dua mereka yang menganggur itu tiada rekod jenayah lampau.
00:48Sebelum ini, polis menerima laporan dari sebuah kedai emas yang mengalami kerugian lebih 111 ribu ringgit selepas tiga rantai tangan dan dua cincin emas dilarikan suspek yang berpura-pura mahu membeli aksesori tersebut.
01:02Kehilangan itu hanya disedari selepas pasangan tersebut beredar dan pihak premis melihat rakaman televisyen lita tertutup CCTV.
01:10Polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 4.55 pagi, 27 April lalu.

Recommended