Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak berhasrat untuk mengeluarkan notis saman atau apa-apa tindakan kepada hospital dan farmasi yang gagal mempamerkan harga ubat dalam tempoh tiga bulan 'grace period' Perintah Pemaparan Harga Ubat.

Sebaliknya kata Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Farmasi) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Azuana Ramli, Perintah Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (Penandaan Harga Ubat) 2025 yang dilaksanakan bermula Khamis akan menumpukan kepada penguatkuasaan pendidikan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/726232/berita/nasional/pamer-harga-ubat-tiada-saman-dalam-tempoh-tiga-bulan

#SinarHarian #BeritaSemasa #Putrajaya #Farmasi #PamerHargaUbat

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kementerian Kesihatan KKM tidak berhasrat untuk mengeluarkan notis saman atau tindakan kepada hospital dan farmasi yang gagal mempamerkan harga ubat dalam tempoh 3 bulan grace period perintah pemaparan harga ubat.
00:16Sebaliknya kata Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Farmasi KKM Dr. Azwana Ramli, Perintah Kawalan Harga dan Anti-Percatutan Penanda Harga Ubat 2025 yang dilaksanakan bermula Kamis akan menumpukan kepada penguatkuasaan pendidikan.
00:33Beliau berkata tempoh 3 bulan merupakan fasa penguatkuasaan pendidikan dan KKM akan menjalankan evokasi serta melihat bagaimana perintah ini dilaksanakan pihak pelaksana.
00:44Sementara itu Ketua Pengarah Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kuasalah Hidup KPDN Dato' Azman Adam menakis dawaan bahawa beberapa klinik telah menerima notis amaran untuk memaparkan harga ubat dalam tempoh 3 hari atau berdepan saman.
01:01Menurutnya pasukan penguatkuasa KPDN yang berada di kawasan berkenaan untuk pemantauan harga telur ayam hanya menanyakan sama ada klinik mengetahui mengenai pelaksanaan perintah tersebut.
01:14Semua jenis ubat yang dijual atau dibekalkan di farmasi komuniti serta fasiliti kesihatan swasta perlu mempunyai penanda harga bermula 1 Mei susulan pelaksanaan mekanisme ketelusan harga ubat.
01:30Skop penandaan harga merangkumi semua ubat untuk kegunaan manusia sama ada ubat terkawal, bebas atau produk kesihatan lain.
01:38Terima kasih kerana menonton!

Recommended