Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Peruntukan RM13 juta perkasa penggiat industri seni

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menyatakan Kementerian Komunikasi memperuntukkan RM13 juta menerusi program Dana Kandungan Kreatif (DKK) Industri Muzik dan Skim Dana Padanan (SDP) bagi menyokong penggiat industri seni tanah air.

Menurutnya, peruntukan melalui Kumpulan MyCreative Ventures (MyCreative) itu menawarkan tiga kategori dana iaitu Dana Persembahan Muzik, Dana Pemasaran dan Promosi Antarabangsa serta Dana Pemasaran dan Promosi Domestik.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

#SinarHarian #BeritaSemasa #danapengiatindustriseni #FahmiFadzil
Transcript
00:00Dana Kandungan Kreatif Industri Muzik dan Skim Dana Padanan
00:05bagi tahun 2025
00:07sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Komunikasi
00:11melalui kumpulan MyKreative Ventures atau MyKreative
00:14pada hari ini melancarkan program
00:18Dana Kandungan Kreatif atau DKK Industri Muzik
00:22dan Skim Dana Padanan SDP
00:24bagi tahun 2025
00:26dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM13 juta
00:30bagi menyokong para penggiat industri seni tempatan
00:34Segera kini, program DKK Industri Muzik
00:38telah menyalurkan RM23 juta kepada 223 penerima
00:42memberi sokongan berdasarkan merit, keboleh laksanaan
00:47serta potensi keboleh pasaran projek
00:49dalam usaha memperkasakan ekosistem muzik negara
00:52Pemohonan DKK Industri Muzik 2025
00:56akan dibuka pada 30 hari bulan April 2025
01:01iaitu hari ini
01:02meliputi tiga kategori utama
01:05iaitu pertama
01:06Dana Persembahan Muzik
01:08di mana permohonan akan tutup pada 11 Jun 2025
01:12Kedua, dana pemasaran dan promosi antarabangsa
01:18yang mana permohonannya dibuka sepanjang tahun
01:21dan ketiga, dana pemasaran dan promosi domestik
01:26yang mana permohonannya juga dibuka sepanjang tahun
01:30Selain itu, skim dana padanan 2025
01:33akan dibuka pada tarikh yang sama
01:37iaitu 30 hari bulan April
01:38menawarkan grant padanan satu dengan satu
01:42one-to-one matching grants
01:44sehingga RM250,000
01:46bagi setiap permohonan yang berjaya
01:49untuk maklumat lanjut
01:51boleh rujuk
01:52www.mycreative.com.my
01:57slash fundings
01:59backslash fundings
02:01dan boleh rujuk dengan
02:03My Creative Ventures
02:04saya berhad untuk maklumat lanjut
02:06Terima kasih kerana menonton!

Recommended