Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Lebih 4,000 penduduk Kampung Jerantut Feri, Pahang bakal menerima manfaat secara langsung melalui pelaksanaan pelbagai projek naik taraf di bawah inisiatif Kampung Angkat MADANI. Ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk memperkasa pembangunan luar bandar secara menyeluruh sekaligus meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan komuniti setempat.
Transcript
00:00Lebih 4,000 penduduk kampung Jerantut Ferry Pahang bakal menerima manfaat secara langsung melalui pelaksanaan pelbagai projek naik taraf di bawah inisiatif Kampung Angkat Madani.
00:10Ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk memperkasa pembangunan luar bandar secara menyeluruh sekaligus meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan komuniti setempat.
00:19Menurut Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Nori Dah Rahim, kini sebanyak 200 kampung telah dipilih sebagai Kampung Angkat Madani di seluruh negara dan inisiatif ini adalah kesinambungan kepada program Santoni Madani yang dilaksana pada tahun lepas.
00:38Alhamdulillah, Kampung Angkat Madani ini ada satu program yang kerajaan akan menyalurkan peruntukkan sebanyak 1 juta ringgit kepada kampung ini.
00:48Jadi kami datang semalam dan sebelum-sebelum ini pun kami telah datang untuk melihat perkara-perkara yang kita perlu tambah baik di sini
00:56untuk sama ada dari segi pembangunan fizikal dan juga program-program bersama dengan komuniti.
01:03Dan ini salah satunya lah program yang kita nampak bersama dengan komuniti.
01:06Dan rakan strategik utama kami sudah tentulah jawat daerah dan tanah jelantut, pihak JPJK jelantut.
01:15Program Temu Mesra Kampung Angkat Madani yang berlangsung pada ahad
01:20turut menjadi salah satu langkah proaktif kerajaan dalam memperkasa pembangunan luar bandar secara menyeluruh dan berterusan.
01:28Menurut Rosbizal Matliah yang merupakan Tok 4, Kampung Jerantut Ferry,
01:32program Temu Mesra ini juga menjadi platform untuk memperjelas perancangan pembangunan
01:37dan memberi ruang kepada penduduk menyuarakan pandangan mereka.
01:41Kalau ikut daripada semua maklumat-maklumat yang kita dapat
01:46bagi orang kampung bersetuju, semua sekali.
01:50Daripada kecil sampai ke orang tua, semua bersetuju dengan kampung angkat.
01:54Jadi kita harap kerjasama ini berterusan sampai lebih-lebih.
01:58Jabatan Wilayah Persekutuan bersama Jawatan Kuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung, JPKK
02:04telah mengenalpasti keutamaan projek bagi memastikan pelaksanaannya dapat dimulakan segera.
02:09Terima kasih.
02:10Terima kasih.

Recommended