Kemasukan kereta EV dari China seperti BYD, Chery, Xpeng, dan GAC bukan sekadar memperkenalkan teknologi baru, tetapi turut mengubah struktur ekonomi Malaysia, pasaran saham, sektor perbankan dan rantaian pembekalan tempatan. Mohd Sedek Jantan dari UOB Kay Hian Wealth Advisors mengupas peluang, cabaran, dan masa depan Malaysia sebagai hab EV ASEAN.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Baik, kemasukan kereta EV dari Cina seperti BYD, Cherry Xpeng dan GSE bukan saja memperkenalkan model EV berteknologi tinggi pada harga yang kompetitif tapi juga mencetuskan gelombang perubahan dalam ekonomi Malaysia, pasaran saham di Bursa Malaysia, sektor perbankan dan juga rantaian pembekalan tempatan.
00:19Perkembangan ini bukan sekadar soal pertukaran jenama kereta di jalanan tetapi satu transformasi struktur yang membawa peluang dan juga cabaran besar pada waktu yang sama.
00:28Namun persoalannya adakah ini akan menjadikan Malaysia sebagai hub EV di ASEAN dan bagaimana pelabur syarikat dan kerajaan boleh menavigasi landscape ini?
00:36Jadi kita bersama dan kita tak nak tahu juga apa yang paling penting adalah berkenaan dengan bagaimana kita boleh pastikan pertumbuhan ini inklusif dan juga mampan.
00:44Jadi kita akan terus bersama dengan Muhammad Siddiq Jantan, Ketua Pendidikan Pelaburan UOB Khen Wealth Advisors.
00:50Mungkin pertama sekali, Siddiq, bantu kami faham apa yang mendorong lonjakan kemasukan EV Cina ke Malaysia dan bagaimana ia memberi kesan kepada semua sektor yang disebutkan tadi dan juga industri automotif Malaysia?
00:59Okey, baik Nabilah. So bila kita tengok tentang kemasukan EV Cina ke Malaysia, ianya boleh dirangkongkan kepada tiga faktor utama yang saling berkait dan membawa implikasi jangka masa panjang.
01:14Yang pertama adalah strategi harga agresif pengeluar EV Cina iaitu kita lihat mereka menawarkan model EV yang berharga sekitar RM99,000 dengan ciri canggih seperti pemanduan otomatik tahap 2 dan juga jarak pemanduan melebihi 400km dan menarik perhatian golongan berpendapatan sedana.
01:41Namun jika kita tengok pendekatan ini bukan sekadar persaingan harga, ia juga berpotensi menekan margin keuntungan pengeluar kereta tempatan yang masih tertumpu kepada kenderaan enjin pembakaran dalam iaitu menggunakan petrol.
01:57Dan yang kedua kalau kita tengok keperluan untuk meneroka pasaran baru selepas ketepuan domestik. Yang mana kita tengok 59% pegangan EV, pasaran EV global pada tahun 2024 mendorong syarikat China melihat ASEAN khususnya Malaysia sebagai pintu masuk strategi.
02:20So infrastruktur automatif sedia ada dan juga jarangnya perjanjian perdagangan bebas menjadikan Malaysia sebagai pilihan utama.
02:29Tapi tanpa pelaburan segera dalam pemasangan tempatan iaitu CKD, Malaysia berisiko kekal sebagai pasaran pengguna berbanding Thailand yang sudah berjaya menarik pelaburan untuk penghilangan EV.
02:47Dan yang ketiga iaitu dasar proaktif kerajaan iaitu pengecualian cukai import EV dan sasaran untuk membina 10,000 stesen pengecas menjelang tahun 2025 menambah tarikan untuk pengguna membeli kereta EV.
03:04Namun kalau kita tengok kemajuan infrastruktur untuk pengecasan ini sedikit perlahan iaitu hanya sekedar 2,000 stesen beroperasi setakat tahun 2024.
03:16Dan tiada pelan CKD, pemasangan dalaman yang kukuh berpotensi menghadkan manfaat limpahan ekonomi serta penciptaan pekerjaan dan pembangunan eksport.
03:29So pelabur saham kalau kita tengok ianya perlu memantau sama ada dasar ini mampu mempercepatkan pembangunan ekosistem tempatan atau sekadar meningkatkan kebergantungan kepada input sahaja.
03:43So itu adalah tiga kesan dan apakah respon yang kita boleh lihat dalam keadaan pasaran automatif terhadap kemasukan EV China ini.
03:56Kita tengok buat masa sekarang sebanyak 28% lebih kurang secara bulanan pada bulan Februari.
04:04jenama Cina mendahului pertumbuhan manakala kereta model mencatatkan peningkatan jualan sehingga 45%.
04:15So ini menunjukkan penerimaan pengguna yang semakin kukuh terhadap EV berteknologi tinggi dan harga yang kompetitif.
04:22Dan itu adalah sedikit sebanyak berkenaan dengan apa yang kita boleh jadi pendorong utama ataupun faktor utama yang saling berkait berkenaan dengan pembawaan impikasi jangka panjang kemasukan EV China ke Malaysia.
04:35Tapi kalau kita nak faham lebih mendalam impikasi ekonomi ataupun bagaimana impaknya kepada pasaran automatif Malaysia.
04:41Kalau kita nak lihat bagaimana ia boleh membantu kepada sasaran Malaysia mencapai 10,000 stesen pengecasan EV pada 2025 dan pada 2030 sasaran EV menyumbang 15% daripada jumlah jualan kendaraan baru TIV.
04:54Dan juga yang terakhir adalah 2050 matlamat jangka panjang iaitu 80% daripada jualan kendaraan baru.
05:00Jadi mungkin secara terperinci apa yang Sidik boleh katakan impaknya kepada pasaran automatif.
05:04Okey kalau kita tengok pengeluar kereta nasional seperti yang kita tahu Proton dan juga Pro2.
05:12So pengeluar kereta nasional kekal menguasai 66.9% bahagian pasaran.
05:17Namun dominasi kita mula lihat mula terhakis didorong dengan persaingan daripada EV import yang lebih murah dan canggih.
05:26So sebagai tindakan balas pengeluar tempatan memperkenalkan model EV yang baru dan mempercepatkan kerjasama teknologi dengan syarikat asing.
05:36Walaupun bagaimana pun kita tengok kebergantungan berterusan kepada teknologi luar yang mendidakkan risiko jangka masa panjang.
05:45Terutamanya jika Malaysia gagal membina keupayaan RMD sendiri untuk bersaing dalam bidang strategik seperti pemanduan otomatik dan juga bateri.
05:55So itu untuk pengeluar kereta nasional.
05:59Tapi dalam kita tengok untuk sudut pasaran saham pula kita tengok minat pelabur terhadap saham otomatif meningkat.
06:08Walaupun di Malaysia kita hanya ada beberapa sahaja pengedar kereta dan juga pengeluar kereta.
06:16tapi kalau kita pergi ke negara Eropa dan juga di Amerika saya rasa semua mempunyai minat untuk membeli saham untuk kereta EV seperti Tesla.
06:29So apa yang saya nampak adalah volatiliti di pasaran EV ataupun saham yang berkaitan dengan EV ataupun saham berkaitan dengan pengedar kereta EV
06:43seperti SabdaB dan juga UMWU.
06:46Dia melihat kekal volatil tinggi kerana kos pelaburan awal yang besar agak besar serta ketidakpastian
06:54tentang sejauh mana syarikat dapat bersaing dengan jenama China.
06:59Sementara itu itu untuk saham yang pertama tadi saya katakan untuk pengeluar kereta nasional.
07:06Dan selain itu kalau kita tengok untuk pengguna tempatan ada stigma mengenai kualiti produk China masih wujud.
07:17So ini sebagai apa yang saya boleh katakan positive impact yang boleh menyebabkan
07:23yang boleh memberi peluang kepada pengeluar syarikat kereta nasional untuk mengeluar kereta EV ataupun mempercepatkan R&D mereka.
07:33So implikasi yang boleh kita nampak ianya bersifat dua halah.
07:37Yang pertama dia mempercepatkan transformasi industri otomatif negara.
07:41Namun pada yang rasanya sama dia memberi cabaran struktur yang perlu ditangani.
07:46Apa yang saya nampak adalah dari sudut positif, stand ini dia menyokong sasaran
07:52yang seperti Nabila cakap untuk mencapai 15% penembusan EV menjelang 2030.
08:00tapi kalau kita tengok adakah pelaburan ataupun perbelanjaan kerajaan ataupun pelaburan swasta
08:13menjurus ke arah untuk mencapai sasaran 15% ini.
08:19termasuk yang tadi saya katakan seperti target untuk menyediakan stesen pengecasan menjelang tahun 2025.
08:31Selain itu pelaburan besar seperti pusat pembangunan otomatif yang bernilai dalam 30 bilion.
08:39yang ada sekarang ini kita mungkin melihat ianya memberi peluang pekerjaan
08:45sebanyak 10 ribu dan memperkukuhkan ekosistem pembuatan komponen tempatan
08:51seperti bateri dan serbukodakta.
08:53akan tetapi apa yang kita perlu lihat
08:55berapa banyak daripada 10 ribu peluang pekerjaan itu
09:00menjurus kepada peluang pekerjaan berlevel sederhana dan juga tinggi.
09:05iaitu memberi kesan kepada jumlah upah kepada buruh.
09:13dan yang kedua adalah berapa banyak syarikat-syarikat SME
09:17ataupun syarikat-syarikat Malaysia yang terlibat dalam pembuatan komponen tempatan
09:22komponen EV seperti bateri dan juga semikodakta.
09:26so itu apa yang kita mahukan daripada implikasi yang lebih luas dalam Malaysia
09:32tapi buat masa sekarang yang kita dapat adalah sektor pembangkang
09:36dia mendapat peluang dengan pertumbuhan kukuh, pinjaman hijau
09:40termasuk peningkatan 15% dalam pinjaman otomatis pada tahun 2024
09:45ini mencerminkan permintaan yang betul-betul untuk EV dan juga infrastruktur berkaitan
09:50namun seperti yang saya katakan tadi kebergatungan kehadap import EV China
09:55yang menyumbang 60% jumlah jualan EV tempatan
09:59boleh memperbesarkan defisit perdagangan otomatis sekiranya
10:03pelan pemasangan tempatan iaitu CKT tidak disegarkan.
10:07so peralihan pantas daripada ICE iaitu pembakaran menggunakan petrol kepada EV
10:15juga menimbulkan risiko sosial iaitu adakah memberi kesan kehilangan pekerjaan
10:23dalam industri pembuatan kereta ataupun pembuatan komponen tradisional
10:29sekiranya program latihan semula tidak dilaksanakan secara sistematik.
10:34Di samping itu walaupun tadi saya katakan ok bank mempunyai mendapat keuntungan
10:40namun apa yang perlu kita lihat adalah dapatkah sistem pembangkang mengurus risiko kredit
10:48dengan berhati-hati kerana pertumbuhan pesat pinjaman hijau
10:52berpotensi meningkatkan kadar ketidakupayaan bayaran.
10:56So keadaan di Malaysia sedikit berbeza kalau dibandingkan dengan keadaan di Thailand
11:03yang pada awalnya menarik peluang menarik pelaburan kilang EV
11:10untuk melaksanakan syarikat ataupun kilang pembuatan di Thailand
11:17berbanding dengan negara-negara di rantau Asia.
11:20So Malaysia perlu mempercabatkan pelaksanaan dasar raw EV
11:24untuk mengelakkan daripada menjadi pasaran pengguna sepatu-patu
11:28sebab pasaran pengguna ianya hanya kalau saya boleh katakan satu kali impact sahaja
11:34berbanding dengan pasaran untuk supply chain ianya memberi kesan yang lebih berterusan.
11:41Itu adalah keseluruhan impact kepada sistem ekonomi untuk penggunaan kereta EV
11:48khususnya kebergantungan kereta EV daripada China.
11:53Dan dalam konteks rantau pun Malaysia menghadapi persaingan sengit dalam pasaran ASEAN juga
11:58kalau kita nak bandingkan dengan negara Thailand seperti yang Sidit katakan tadi
12:01dan juga Indonesia sebenarnya yang lebih agresif dalam bina ekosistem EV domestik.
12:07Dan oleh itu pelabur mungkin sedikitlah kalau boleh kongsikan apa yang perlu diberi perhatian oleh pelabur
12:12dan juga pemerhati pasaran pada masa hadapan untuk menggerakkan lagi pergerakan pro-EV ini.
12:19Okey. Dalam landscape EV Malaysia, kita dah ada E-MAS daripada Porton
12:25dan kita lihat Pro 2 juga mungkin akan mengeluarkan kereta EV dalam masa terdekat.
12:33So, ianya memberi kesan positif yang mana kita nampak landscape EV Malaysia sedang berkembang
12:40besar pelabur dan pemerhati pasaran perlu memberi perhatian kepada beberapa faktor utama
12:47yang akan menentukan arah aliran masa hadapan iaitu yang pertama
12:52kadar penerimaan EV domestik.
12:55So, buat masa ini kita lihat hanya 3.2%.
12:59Masih jauh daripada sasaran 20% menjelang tahun 2030.
13:04Infrastruktur pengecasan akan menjadi faktor utama, faktor penentu utama untuk kadar penerimaan EV domestik.
13:11terutamanya di luar bandar dan juga di kawasan Sabah dan Sarawak.
13:16Kelewatan dalam pembangunan stesen pengecasan boleh memperlahankan momentum jualan EV.
13:22Itu yang pertama. Yang kedua, perkembangan dasar kerajaan termasuk insentif cukai,
13:28pelan pemasangan tempatan sekundi dan sokongan fiskal dapat menentukan daya saing pasaran.
13:33So, perlaksanaan yang cekap dan konsisten penting untuk menggalakkan pengeluar tempatan
13:39dan mengurangkan kebergantungan import.
13:43Dan yang ketiga, kita tengok strategi korporat yang akan menjadi pembezaan utama.
13:49Saikat yang membetul kerjasama kuku dengan pemain antarabangsa,
13:53melabur dan juga melabur dalam teknologi EV seperti bateri dan juga sistem pemanduan automatik
13:59dan memperkukuhkan R&D domestik dijangka muncul sebagai peneraju industri EV
14:05berbanding dengan syarikat korporat yang hanya mengedarkan kereta EV.
14:10Yang keempat, kalau saya boleh katakan rantaian pembekalan EV
14:15iaitu yang menawarkan peluang besar terutamanya dalam pengeluaran bahan kritikal
14:21seperti silikon dan juga bateri.
14:24namun pelabur perlu berwaspada terhadap risiko, volatiliti harga bahan mentah
14:30sebab kita dah nampak ada sedikit penambahan harga bahan mentah
14:34akibat daripada tarif yang dinyatakan oleh Trump.
14:41So, ianya akan melimitkan ataupun merahatkan perdagangan
14:47dan juga meningkatkan kos untuk kereta EV dan yang akhir sekali
14:53dynamic global sebab termasuk sekatan perdagangan antarabangsa ni
14:58perubahan dasar tenaga juga memberi kesan dan juga akhir sekali
15:03kemajuan teknologi seperti apa yang teknologi baru yang ditawarkan oleh syarikat China EV
15:09kepada Malaysia.
15:09So, adakah kita mendapat manfaat ataupun kita hanya menerima final product
15:16sahaja daripada mereka.
15:17Ini dapat berpotensi mengubah landscape bekalan dan juga permintaan EV secara mendadak.
15:22So, keupayaan syarikat Malaysia untuk menyesuaikan diri dengan perubahan global
15:27ini akan menjadi faktor kejayaan kritikal.
15:30So, secara keseluruhan pelabur kalau saya boleh katakan perlu mengambil
15:35pendekatan terpilih iaitu menilai kekuatan fundamental syarikat
15:40tahap pendedahan kepada teknologi EV, keupayaan inovasi dan strategi
15:45mitigasi risiko global.
15:47So, diversifikasi sektor, automatif, rangkaian pembekalan dan juga pembangkang
15:51juga penting untuk membina ketahanan portfolio dalam menghadapi perubahan pasaran.
15:59Jadi, penerbaikan dari pelbagai peringkat harus dilakukan untuk menangani cabaran-cabaran
16:03Malaysia bergerak kepada sasaran kereta ataupun kereta elektrik ini
16:08ataupun pro-EV.
16:09Jadi, terima kasih di ucapkan kepada Muhammad Siddiq Jantan,
16:12Ketua Pendidikan Pelaburan UOBK Hand Wealth Advisor dan segalanya
16:15akan kami rangkungkan dalam semua platform digital Astro One Evil.