Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Mahkamah Persekutuan akan menentukan esok sama ada membenarkan rayuan Peguam Negara terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berhubung cabaran Najib terhadap titah adendum Agong.
Transcript
00:00Mahkamah Persekutuan
00:30Pada 6 Januari lalu, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan bekas Perdana Menteri itu untuk memulakan proseding semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi bagi suatu perintah memaksa kerajaan atau enam pihak lain menjawab serta mengesahkan kewujudan titah dandam bertarikh Januari tahun lalu.
00:47Peguam Negara berhujah bahawa Mahkamah Rayuan telah tersilap dalam membenarkan semakan kehakiman itu kerana ia melibatkan isu prerogatif diraja yang tidak boleh dipertikaikan di Mahkamah.
01:01Sebaliknya, Peguam Najib berhujah bahawa cabaran terhadap titah dandam tersebut tidak mempertikaikan kuasa yang dipertuan agung tetapi hanya melibatkan soal pelaksanaan pengampunan yang mesti mematuhi undang-undang.
01:12Mahkamah Persekutuan akan menentukan sama ada membenarkan rayuan itu diteruskan atau mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan.
01:20Pada 23 Ogos 2022, Najib dihukum penjara 12 tahun dan denda RM210 juta selepas disabik bersalah dalam kes penyelewengan dana SRC International Senia Berhad berjumlah RM42 juta.
01:33Beliau kini sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang.
01:36Namun pada Januari 2024, Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan mengurangkan hukuman penjara beliau kepada 6 tahun dan mengurangkan denda kepada RM50 juta.

Recommended