Unit Polis Pelancong (UPP) PDRM memainkan peranan penting dalam memperkukuh keselamatan pelancong menjelang Sidang Kemuncak ASEAN 2025 dan Tahun Melawat Malaysia 2026.
Category
đź—ž
NewsTranscript
00:00Unit Polis Pelancong UPP sebuah unit khas di bawah Polis Diraja Malaysia PDRM memainkan peranan penting dalam memperkukul aspek keselamatan dan keyakinan pelancong khususnya di Ibu Negara dan Pusat Bentadbiran Negara.
00:13Ini terutama menjelang Sidang Kemuncak ASEAN 2025 serta Tahun Melawak Malaysia 2026.
00:18Menurut Ketua Jabatan Percengahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti JPJKK Kuala Lumpur, SSC Ravindra Singh Sarban Singh,
00:28kadiran anggota UPP secara menyeluruh di lokasi tumpuan dapat meningkatkan rasa selamat dan mengurangkan risiko jenayah.
00:36Antara kawasan tumpuan adalah seperti Dataran Merdeka, Petaling Street, Little India, Bukit Bintang, Putra Perdana dan Masjid Putra.
00:44Katanya UPP bukan sahaja menjalankan tugas pengkawasan undang-undang serta kawalan trafik dan orang ramai,
00:50malah bertindak sebagai sumber maklumat dan bantuan kepada pelancong termasuk memberikan panduan arah dan bantuan kecemasan awal.
00:59Peranan UPP sebagai penghubung antara pelancong, pihak berkuasa dan komuniti tempatan mampu mewujudkan pengalaman pelancongan yang positif.
01:07PDRM juga katanya telah mengambil langkah awal dengan memberikan latihan dalam perkhidmatan kepada petugas seperti kursus bahasa Inggeris,
01:14kemahiran komunikasi, penyeliaan, pengurusan kecemasan dan kawalan lalu lintas.
01:20Bilik gerakan dan pusat kawalan sementara turut diwujudkan sementara koordinasi penugasan antara agensi
01:25diperkukuh bagi memastikan keperluan logistik dan peralatan komunikasi yang mencukupi.
01:30Katanya meskipun kadar jenayah di Putrajaya kekarendah, aspek keselamatan serta kesejahteraan awam tetap menjadi keutamaan memandangkan ia melibatkan imej dan simbol keselamatan negara.
01:41Jelas beliau sebarang insiden yang berlaku di Putrajaya akan memberikan impak besar kepada persepsi antarabangsa terhadap kemampuan PDRM sebagai pasukan penguasaan utama negara.
01:51Malaysia akan menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang dijadualkan berlangsung pada 26 dan 27 Mei ini,
01:58manakala Sidang Kemuncak ASEAN bersama rakan dialog akan bermula pada penghujung Oktober sebagai sebahagian daripada peranannya selaku pengurusi ASEAN 2025.
02:08Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 pada 26 Mei itu dijangka menghimpunkan 10 pemimpin negara anggota ASEAN bagi pembincangan isu serantau serta memupuk kerjasama ekonomi
02:17dan memperjuangkan prinsip keterangkuman dan kemampanan.