Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Pentadbiran Presiden Donald Trump pada Jumaat mengumumkan akan menarik balik keputusan membatalkan status sah lebih 1,200 pelajar antarabangsa di tengah-tengah cabaran undang-undang, lapor Xinhua.
Transcript
00:00Pentadbiran Presiden Donald Trump mengumumkan akan menarik balik keputusan membatalkan status sah lebih 1,200 pelajar antarabangsa.
00:09Keputusan itu dilakukan selepas pembatalan itu dicabar di pelbagai mahkamah seluruh AS.
00:15Menurut kenyataan Peguam Kerajaan kepada Mahkamah Persekutuan Auckland, California,
00:20Jabatan Penguatkuasa Immigration dan Custom AS sedang dalam proses memulihkan semula status pelajar yang ditamatkan
00:29dalam sistem informasi pelajar dan pelawat pada beberapa minggu kebelakangan ini.
00:36Kenyataan serupa turut disampaikan seorang lagi Peguam Kerajaan dalam satu sesi perbicaraan berasingan di Washington, D.C.
00:41Menurut salinan kenyataan yang dikongsikan kepada media oleh Peguam Mewakili Pihak Plantif, Brian Green,
00:47rekod servis untuk plantif dalam kes ini dan plantif lain dalam situasi serupa akan kekal aktif
00:53atau diaktifkan semula jika tidak aktif dan ICE tidak akan mengubah rekod semata-mata
00:59berdasarkan dapatan Pusat Informasi Jenayah Kebangsaan NCIC yang menyebabkan penamatan rekod servis sebelum ini.
01:06Servis merupakan pengkalan data yang mengawasi pematuhan pelajar antarabangsa terhadap syarat visa mereka.
01:11Manakala NCIC yang dikenalikan FBI mengandungi rekod jenayah dan maklumat lain berkaitan penguatkuasaan undang-undang.
01:18Menurut laporan The Associated Press, lebih 1,200 pelajar antarabangsa terjejas
01:22akibat penambatan besar-besaran status immigration sejak akhir Mac lalu.
01:27Keputusan itu mencetuskan gelombang saman oleh pelajar dari seluruh negara
01:31hingga menyebabkan beberapa hakim persekutuan mengeluarkan perintah sekatan sementara
01:35bagi menghentikan pelaksanaan tindakan itu.

Recommended