Seorang penunggang motosikal berusia 30-an meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan dua buah motosikal di Jalan Paragon, Bintulu pada Khamis malam.
Category
đź—ž
NewsTranscript
00:00Seorang penunggang motosikal maut selepas terlibat dalam kemalangan melibatkan dua buah motosikal di persimpangan lampu insyarat Paragon, Jalan Paragon Bintulu pada Khamis malam.
00:10Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendent Nixon Joshua Ali berkata, kejadian berlaku sekitar 11.49 malam apabila motosikal jenis Honda yang datang dari arah pasar lama dipercayai melanggar lampu insyarat merah.
00:23Mangsa kemudian bertembung dengan sebuah motosikal jenis Yamaha RSZ yang sedang melalui persimpangan dengan lampu isyarat hijau.
00:34Kedua-dua penunggang mengalami kecederaan serius dan dikejarkan ke Hospital Bintulu untuk rawatan lanjut.
00:42Bagaimanapun, penunggang motosikal Honda disahkan meninggal dunia pada jam 1 pagi.
00:47Kes disiasat di bawah Seksyen 41-1 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
00:53Terima kasih telah menonton!