Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Kamar Rayuan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) menolak permohonan untuk membatalkan atau menggantung waran tangkap yang dikeluarkan terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan, Yoav Gallant.
Transcript
00:00Kamar Rayuan Mahkamah Jenaih Antarabangsa ICC menolak permohonan untuk membatalkan atau menggantung waran tangkap yang dikeluarkan terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Uof Galan.
00:13Menurut Agensi Berita Palestine, Wafah ICC menjelaskan bahawa walaupun ia menerima rayuan Israel untuk pertimbangan semula mengenai bidang kuasa mahkamah terhadap jenayah yang dilakukan di wilayah Palestine itu,
00:26keputusan itu tidak menjejaskan waran tangkap yang masih berkuat kuasa.
00:30Isu bidang kuasa menurut kamar itu berkaitan sama ada ICC boleh mendakwa individu bagi jenayah yang didakwa dilakukan di Gaza dan Tebing Barat,
00:41kawasan yang kedaulatan dan kemerdekaan Palestine masih dipertikaikan.
00:46Keputusan itu mengarahkan supaya isu bidang kuasa dikembalikan kepada kamar pra-perbicaraan ICC
00:52yang pada asalnya mengeluarkan waran tangkap pada 21 November 2024.
00:57Kamar pra-perbicaraan sebelum ini mendapati ada asas yang munasabah untuk mempercayai bahawa Netanyahu dan Galan bertanggungjawab terhadap jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan.
01:08Kamar itu menegaskan bahawa waran tangkap tersebut tetap sah dan tidak terjejas oleh semakan bidang kuasa
01:15yang kini akan diteruskan dengan pemeriksaan lanjut terhadap hujah Undang-Undang Israel.
01:20Terima kasih telah menonton!

Recommended