Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Zaiful Arifin dan Azizul Azwa bawakan laporan terkini persiapan ibadah haji untuk tahun ini dari Tanah Suci
Transcript
00:00Luar biasa, itu penghayatan dan perasaan spontan di hati Sanubari ketika mula melangkah masuk di masjid yang penuh dengan keberkatan, lokasi bersebadinya Rasulullah SAW.
00:14Kita ikuti laporan pertama, laporan Zaiful Arifin dan Azizul Azwar dari Madinah.
00:20Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT. Akhirnya kita sampai di Masjid Andabawi, di mana pada hari ini kami petugas-petugas media bersama dengan juga petugas-petugas haji yang lain,
00:39yang kumpulan pertama tiba di Madinah Al-Munawarah ini pada lewat semalam.
00:45Di hari ini adalah hari Jumaat pertama kami dan kami amat bersyukur kerana dia akan dapat menunaikan solat fardu Jumaat kami di Masjid Nabi, Masjid Andabawi,
00:56di mana kami telah tiba sekitar jam 9 pagi lagi. Memang ramai yang dah beratur, ramai yang telah pun menunggu untuk mendapatkan tempat bagi memasuki ke Masjid Andabawi ini,
01:09bagi melakukan intikaf, solat sunat, solat fardu, berzikir, bertahmid dan sebagainya.
01:17Jadi sama-sama insyaAllah kita akan masuk ke Masjid Andabawi untuk kita melaksanakan solat Jumaat kita.
01:23Alhamdulillah selesai sudah solat Jumaat pertama kita di Masjid Andabawi.
01:45Sememangnya satu pengalaman yang tak dapat untuk saya nyatakan secara kata-kata.
01:53Perasaan, kesyukuran, begitu rapat perasaan kita bersama dengan Rasulullah.
02:00Apatah lagi apabila kita nampak di depan mata kita makam Rasulullah itu.
02:05Seorang yang sememangnya kita rindui.
02:07Kerana sebelum ini kita hanya mengenali dan daripada jauh.
02:12Tapi hari ini Alhamdulillah saya dan rakan-rakan dapat bersama-sama untuk menunaikan solat fardu Jumaat di Masjid Andabawi yang penuh dengan barokah ini.
02:22InsyaAllah kami akan bawakan lebih banyak lagi perkembangan tentang ziarah di Madinah.
02:28Kami akan berada di sini insyaAllah sehingga penghujung bulan ini sebelum tibanya Jumaat pertama di Mekah.
02:38Jadi dalam pada masa itu kita akan mengikuti perkembangan dan juga ziarah yang akan dilakukan oleh pihak Tabung Haji.
02:47Antaranya selain daripada Raudah, kami juga akan ke beberapa tempat lain, ladang rumah, begitu juga dengan Bukit Rukut dan sebagainya.
02:57Teruskan bersama kami di Esra Awani, di Lamai Media Sosial dan juga pastinya di saluran 501.
03:04Jejak Al-Haramain, saya Zahfud Arifin dan Azir Azwar Abdullah Syukur dari Madinah.
03:10Assalamualaikum.
03:16Terima kasih.

Recommended