Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Syaff Shukri membawakan perkembangan semasa misi delegasi Malaysia ke Washington untuk rundingan tarif Trump.
Transcript
00:00Pertemuan delegasi Malaysia yang diketuai oleh Menteri Pelaburan Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul dengan Wakil Perdagangan Amerika Syarikat berakhir dengan apa yang disifatkan sebagai berlangsung dalam suasana positif dengan fokus diberi terhadap membantu industri dan perekspert Malaysia.
00:19Syaf Syukri sekali lagi langsung dari Washington DC pada ketika ini ada perinciannya. Syaf Syukri, misi mungkin sudah berakhir tapi banyak yang dinantikan juga daripada itu.
00:28Apa rangkuman dan juga apa ceritanya Syaf?
00:58Dan kedua, Tengku Datuk Seri Zafrul berkata semalam kesudian USTR sendiri untuk mengadakan perbincangan lanjutan yang dijarakan akan berlangsung pada bulan depan.
01:09Dan seterusnya, yang ketiga, Malaysia menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh MITI pada awal pagi tadi berkongsi mengenai keterbukaannya untuk meneruskan rundingan dalam empat bidang utama.
01:20Yang pertama, membantu mengurangkan defisit perdagangan.
01:25Kedua, menangani halangan bukan tarif.
01:27Ketiga, mengukuhkan perlindungan dan keselamatan teknologi.
01:30Dan juga meneroka potensi perdagangan perjanjian dua hala.
01:35Kenapa ini penting, Zul?
01:37Kerana kita tahu ya, sekiranya tarif 24% itu dilaksanakan selepas tempoh penangguhan sementara 90 hari ini berlangsung,
01:45ia akan memberikan kesan yang cukup signifikan kepada pertumbuhan ekonomi negara.
01:51Kerana jumlah perdagangan Malaysia, mereka syarikat ini merupakan jumlah yang besar.
01:57Ataupun mewakili 13.2% daripada jumlah perdagangan yang direkodkan pada tahun 2024 dengan nilai keseluruhan RM198.6 bilion.
02:08Di mana Malaysia menikmati lebihan dagangan sebanyak RM72.3 bilion.
02:14Dan untuk itu juga, Zul, ia memberikan satu snowball efek sekiranya ia direalisasikan pada 9 Julai nanti.
02:22Di mana kesan utama kepada impak ekonomi Malaysia ialah penyusutan nilai ekspor Malaysia ke Amerika Syarikat,
02:30pertumbuhan KDNK Malaysia menurun, kehilangan pekerjaan.
02:34Satu angka yang cukup besar iaitu RM269,000 yang diunjurkan seterusnya akan menyebabkan penyusutan pendapatan rakyat dan negara.
02:44Untuk itu, penyusunan strategi yang berkesan dan membawa perbincangan yang cukup komprehensif adalah penting untuk Malaysia
02:52dalam perbincangan seterusnya dengan pihak Amerika Syarikat atau secara spesifiknya oleh USTR
02:57dalam menangani isu tarif timbal balas yang diumumkan oleh Amerika Syarikat ini.
03:03Dan Zul, saya berkesempatan juga untuk bersama dengan Amir Farid Rahim semalam dan saya sempat bertanya kepada beliau
03:08apakah persediaan yang wajar dilakukan Malaysia dalam kita mendepani perjumpaan kedua yang bahkan berlangsung pada bulan hadapan.
03:16Kita dengarkan apa kata Amir Farid Zul.
03:17Jadi saya rasa pada pendapat saya, kita perlu melihat isu tarif ini bukan sahaja dari sudut tarif itu sendiri
03:26untuk merendahkan tarif dan impaknya kepada ekonomi kerana pada pengamatan saya
03:33ini juga dijadikan sebagai alat untuk, jadi instrumen untuk kerajaan Amerika Syarikat
03:40untuk membentuk semula sistem geopolitik terutamanya di rantau Asia ini
03:47iaitu agendanya untuk mengimbangi pengaruh dari China.
03:52Jadi saya rasa dalam siri rundingan dengan Amerika, kerajaan harus melihat dari pelbagai sudut
03:59bukan sahaja dari sudut ekonomi, memang ekonomi itu penting kita harus memastikan
04:04bahawa ekonomi Malaysia terlindung, sektor-sektor yang terkesan terlindung
04:08dapat dilindungi atau impaknya dapat diminimalkan tetapi kita juga harus memiliki gambaran yang lebih besar
04:12kerana itu saya rasa jawatan kuasa seperti NGCC itu amat penting sekarang ini
04:17National Geoeconomic Council yang dipemerusikan oleh yang berumat Perdana Menteri
04:23itu amat penting untuk melihat kepada gambaran yang lebih besar
04:26kerana bukan sahaja, dan bukan sahaja melihat dari sisi ekonomi tetapi dari sisi geopolitik juga.
04:37Baik Zolia, bercakap mengenai perkara itu juga
04:39perbincangan kedua yang dijadualkan berlangsung pada Mei ini juga
04:43merupakan satu titik penting buat Malaysia
04:45kerana pada penghujung Mei ini juga Malaysia akan menjadi tuan rumah
04:48untuk penganjuran sidang kemuncak ASEAN dan juga sidang kemuncak Amerika Syarikat ASEAN
04:53apa yang penting yang boleh kita jangkakan dalam sidang kemuncak ASEAN dan juga Amerika Syarikat itu
04:58ialah kita mungkin pemimpin-pemimpin utama dari kalangan negara anggota ASEAN
05:03akan membincangkan secara strategik sebelum pelaksanaan tarif timbal balas
05:09yang dijadualkan pada 9 Julai ini
05:11tapi kita tidak tahu apakah akan direalisasikan ataupun sebaliknya
05:14perbincangan ini akan menjadi satu perbincangan yang penting
05:17dalam membolehkan mereka syarikat ataupun ASEAN menawarkan sendiri
05:21apa tawaran terbaik yang boleh diberikan dalam mengimbangi lebihan pendagangan
05:25dalam masa yang sama memelihara rantaian bekalan global
05:30dalam usaha untuk memperkukuhkan ataupun menjaga keselamatan ekonomi ASEAN itu sendiri
05:38Syaf Syukri akan beritahu langsung lagi bersama dengan kami dalam beberapa siri
05:43dalam awan internet dan juga dalam buletin awan khas pada jam 11 malam nanti
05:47terima kasih Syaf Syukri atas laporan yang komprehensif itu
05:50Terima kasih kerana menonton!

Recommended