Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Fenomena ini menyebabkan pola pengundian majoriti senyap semakin sukar dibaca, menambah ketidakpastian terhadap keputusan akhir PRK Ayer Kuning.
Transcript
00:00Firma Penyelidikan Ilham Centre Ramal, Barisan Nasional BN tidak akan menghadapi masalah besar untuk menang pilihan raya kecil air kuning.
00:09Namun persoalan utama ialah, adakah sasaran majoriti 18,000 undi digariskan Menteri Besar Perak dapat dicapai?
00:17Ia berikutan teknik kempen yang diketengahkan Perikatan Nasional yang bersifat agresif dan proaktif.
00:24Menurut firma itu, PN menggunakan isu tempatan untuk meraih simpati pengundi Melayu.
00:32Situasi bertambah mencabar apabila sikap pengundi muda yang tidak lagi teruja atau aktif menyertai kempen secara fizikal.
00:39Dalam konteks ini, anak muda Melayu kekal kumpulan pengundi kritikal terhadap PN, meneruskan sentimen negatif yang memberi lonjakan besar kepada PN semasa pilihan raya umum ke-15 lalu.
00:49Fenomen ini menyebabkan pola pengundian majoriti senyap semakin sukar dibaca, menambahkan ketidakpastian terhadap keputusan akhir PRK Air Kuning.
00:58Sementara itu, PN pula dilihat lebih banyak bertahan dari menyerang, seperti memanfaatkan sentimen nostalgia bekas guru tempatan bagi calon PN, Dr. Yusri Bakir yang dikenali ramai dalam masyarakat.
01:10Manakala calon Parti Sosialis Malaysia, PSM, Bawani KS pula, menempukan masalah peluang pekerjaan dan kebajikan pekerja ladang khusus kepada masyarakat India.
01:20Ini bermakna unji majoriti untuk BN juga boleh dicuri dari segmen ini.

Recommended