Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Kedudukan strategik Sipitang yang terletak bersempadan dengan Sarawak, Brunei Darussalam dan Sabah menjadikan daerah itu berpotensi besar untuk diterokai sebagai hab pembangunan ekonomi serta pelancongan.
Transcript
00:00Sipitang berpotensi besar untuk diterokai sebagai hak pembangunan ekonomi serta pelancongan.
00:06Antara kelebihan daerah ini, lokasinya yang terletak bersempadan dengan Sarawak, Brunei Darussalam dan Sabah.
00:13Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datu Isnin Al-Yasni berkata,
00:19kelebihan geografi itu meletakkan sipitang di landasan tepat untuk dibangunkan sebagai salah satu pemacu pertumbuhan ekonomi negeri.
00:30Kata Isnin, sipitang bukan sahaja kaya dengan keunikan budaya dan warisan tempatan seperti Pesta Gata,
00:37malah turut mempunyai kelebihan dari segi keindahan alam semula jadi dan hasil pertanian yang subur.
00:44Ujarnya, gabungan nilai warisan, kekayaan sumber semula jadi serta lokasi strategik
00:50menjadikan sipitang sebuah daerah yang amat berpotensi untuk dimajukan dengan lebih agresif.
00:56Selain itu, perkembangan serantau terutama perpindahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan
01:01bakal membawa kesal langsung kepada kawasan sempadan seperti sipitang, kalabakan dan nabawan.
01:08Perubahan itu tidak harus dipandang ringan kerana ia dijangka mencetuskan pertumbuhan aktiviti ekonomi rentas sempadan yang pesat.
01:15Justeru, persediaan awal dari segi infrastruktur, keselamatan sempadan dan kemudahan logistik perlu diberi keutamaan.
01:22Beliau berkata demikian ketika berucap pada Matlis Angkat Sumpah dan Penyampaian Watikah Pelantikan Ahli Matlis Daerah Sipitang
01:30bagi sesi 2025-2027 baru-baru ini.

Recommended